Terlalu banyak kritikan yang dilemparkan oleh netizen tentang penampilan pengacara dan usahawan terkemuka ini. Walaubagaimanapun, kritikan negatif itu semua tidak menghalang Neelofa untuk mengorak langkah ke depan dan mendalami ilmu agama. Menurut laporan dari Utusan Online, Neelofa menyimpan hasrat untuk membuka sebuah pusat Al-Quran yang sudah lama diimpikan.

“Saya pasti, ibu dan bapa saya juga mempunyai impian sama. Saya juga dari dahulu memang sudah merancang sedikit demi sedikit untuk merealisasikan hasrat itu.

“Tapi biasalah, saya mahu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik sebelum saya menunaikan impian tersebut. Doakan saya semoga urusan itu dipermudah,” katanya

Sebelum ini kita baru saja dengar khabar gembira dari juwatan kosmetik Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Dr. Vida yang akan merealisasikan hasratnya untuk membuka sebuah pusat tahfiz moden.

Hangat.com difahamkan pusat tahfiz ini dilengkapi dengan segala kemudahan dalam usaha melahirkan lebih ramai golongan hafiz di negara ini.

BACA  [VIDEO] Demi Kesedaran Awam! Neelofa Terima Lamaran Hans Isaac

Sumber Utusan Online

 

like
love
haha
wow
sad
angry