Usahawan muda, pelakon dan pengacara popular, Neelofa serta chef selebriti Malaysia, Chef Zam menerima anugerah sempena Grandeur & Elegante International Business Award 2017/2018 baru-baru ini.

The Grandeur International Business Award & The Elegante International Business Award ini telah dianjurkan oleh Elgante Muse International. Anugerah ini diwujudkan untuk meraikan 50 orang usahawan lelaki dan 50 orang usahawan wanita yang luar biasa dan telah berjaya dalam bidang masing-masing serta memberi inspirasi kepada orang lain sepanjang perjalanan mereka.

Individu-individu ini juga dilabelkan sebagai Extraordinaire Malaysia yang patut diberikan anugerah dan kisah mereka akan dijadikan inspirasi bagi usahawan-usahawan lain yang baru memulakan tapak di Malaysia.

“Pengiktirafan ini amat bermakna kepada saya dan ia pasti akan menjadi platform lain untuk digunakan dalam mengembangkan dan memperluaskan jenama saya. Ini pastinya bukan tanda untuk jenama saya bergerak perlahan, tetapi motivasi untuk saya pergi lebih jauh! – Neelofa”

Majlis yang diadakan di St. Regis iaitu hotel terkemuka di ibu kota pada 11 Januari yang lalu dipenuhi dengan usahawan-usahawan yang berjaya di Malaysia.

Pada malam itu, Neelofa dianugerahkan anugerah Elegante Top Emerging Entrepreneurs untuk jenama beliau sendiri iaitu Naelofar Hijab. Neelofa memanfaatkan popularitinya untuk melonjakkan lagi jenama ini, khususnya di kalangan peminatnya.

Manakala Profesor Zamzani Abdul Wahab atau lebih dikenali Chef Zam menerima anugerah Grandeur International Personality Award atas kejayaan beliau sebagai Pengetua serta Pengarah Urusan untuk Silverspoon International College dan Silvertech International College yang terletak di Puchong, Selangor.

Hangat.com difahamkan hanya 10 orang sahaja di Malaysia dianugerahkan setiap anugerah tersebut. Wowww.. hebat sungguh Neelofa dan Chef Zam ni.

“Dengan rendah diri saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas pengiktirafan yang diberi. Ini menjadi daya penggerak positif untuk STAF-staf saya di @silverspoon_edu dan @silvertech_edu & saya akan bekerja lebih keras lagi untuk mencapai kecemerlangan yang lebih besar. – Chef Zam”

Hangat.com juga ingin mengucapkan tahniah kepada Neelofa serta Chef Zam diatas anugerah yang telah diterima dan pencapaian sepanjang menjadi usahawan yang berjaya, semoga perniagaan yang Neelofa dan Chef Zam jalankan bertambah maju dan berkembang, amin.