Tenka Torimasu, sebuah rantaian restoran terkenal di Jepun, baru-baru ini telah melancarkan sajian ganjil yang kedua dengan perasa baru Karaage ayam – Girls ‘Sole Karaage, selepas mengeluarkan sajian Girls’ Sweat Karaage pada bulan Ogos.

Bau Kaki Perempuan

Bahan utama setiap sajian dalam Karaage Ayam Tenka Torimasu adalah natto, atau kacang soya yang ditanam, jadi yakinlah bahawa variasi baru ini bukan diperbuat dibuat dari hasil gosokkan kaki gadis muda, menurut SoraNews24.

Walaubagaimanapun, Hangat.com difahamkan Tenka Torimasu menjanjikan bahawa rasa karaage ayam yang baru ini mempunyai bau dan melekit seperti kaki gadis. Geli tak?

Sama seperti sajian Girls ‘Sweat Karaage, Tenka Torimasu sekali lagi bergabung dengan kumpulan penyanyi idola bertopeng Kamen Joshi untuk memberikan rasa yang sangat eksotik ini kepada orang ramai. Pelanggan boleh mendapatkan sajian ini pada harga 400 yen di setiap rangkaian Restoran ini  Takadanobaba, Ikebukuro, Akabane, Nakano dan Akitsue.

Selain daripada makanan goreng yang anej, Jepun juga terkenal secara meluas untuk perisa Kit Kat yang sangat pelik, termasuk minuman beralkohol dan ubat batuk pelbagai perisa.

Sumber NextShark