Nama Chris Evans sudah sinonim dengan watak superhero. Bermula sebagai Human Torch dalam Fantastic Four dan kemudiannya sebagai Captain America/Steve Rogers dalam beberapa rantaian filem Captain America dan Avengers, hari ini para peminat mula membincangkan mengenai pengakhiran watak Captain America yang kononnya dikatakan kemunculan terakhirnya dalam Avengers : Infinity Wars yang akan ditayangkan pada pertengahan tahun ini.

IKLAN

Peminat Bakal Merindui Captain America

Melalui perkongsian berita yang dikongsi para peminat Captain America seluruh dunia di Twitter, kebanyakkannya bakal mula merindui watak superhero terkenal ini kerana Evans dikatakan sudah menamatkan kontraknya bersama franchise filem itu.

Bukan kerana dibuang malah antara yang menjadi hotlist, Evans sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia mahu beralih ke bidang di belakang tabir dan sudah mencapai kepuasan dalam filemnya sebelum ini.

BACA  Ini Alasan Akaun Instagram Iqram Dinzly Disekat Untuk Selamanya

Captain America Bakal Menjadi Nomad

Maafkan kami jika beberapa pendedahan awal bakal didedahkan apabila anda membaca artikel ini. Selain daripada kemunculan terakhir Evans, di dalam Avengers 4 kelak bakal munculnya beberapa watak baru. Selain daripada Falcon, The Collectors dan banyak lagi, Captain America juga dikatakan bakal menjadi Nomad, sebuah lagi watak superhero dalam senarai Marvel.

Captain America dikatakan bakal menjadi Nomad setelah menyedari bahawa terdapat penyelewangan kuasa di antara pemimpin negara itu dan membuat keputusan menjadi Nomad – manusia tanpa negara.

Adakah ucapan selamat tinggal Evans bermaksud dia bakal menjadi Nomad ataupun penamat bagi segala – galanya?

Avengers 4 bakal menyaksikan kematian Captain America mahupun sebaliknya? Yang pasti banyak lagi bakal dibongkar sehinggalah trailer rasmi Avengers bakal disiarkan.