Sejak kebelakangan ini, isu kecaluran jantina semakin hangat dibicarakan. Manakan tidak, rata-rata netizen seperti tidak tahan dengan sikap dan perangai beberapa individu ternama yang kelihatan berbangga dengan cara berpakaian mereka yang menyerupai seorang perempuan walhal dilahirkan sebagai seorang lelaki tulen.

Salah Ke Jadi Lelaki Lembut

Salah seorang yang terpalit isu ini adalah pengamal media sosial yang dikenali sebagai Faiz Roslan. Hangat.com difahamkan dia mula dikenali ramai apabila membuat parody dengan berpakaian seperti seorang perempuan.

Bukan itu sahaja, sedar akan namanya mula menjadi sebutan, dia turut menjana pendapatan dengan mempromosikan pelbagai produk dan jenama menerusi Instagramnya itu.

Semalam, menerusi perkongsian Rotikaya, Faiz dikatakan sedih dengan pelbagai kecaman yang diterima dan turut mempersoalkan pada netizen mengenai keadaan dirinya.

Hafiz Hamidun Tegur Faiz Roslan

Sebaik sahaja Faiz mengeluarkan kenyataan balas mengenai pelbagai kecaman yang diterima, lain pula yang jadinya kerana semakin ramai yang menyelar kenyataanya itu. Pelbagai komen terus membanjiri susur masa Twitter dengan beranggapan Faiz seperti berlebih-lebihan.

Bukan sahaja netizen, kenyataan tersebut turut menarik perhatian selebriti, Hafiz Hamidun. Menerusi Twitter nya, Hafiz turut menasihati Faiz supaya perlahan-lahan belajar mengenai status halal dan haram.

Dalam masa yang sama, Hafiz turut menjelaskan bahawa status yang ditulisnya itu bukanlah untuk mengecamnya tetapi sebagai satu nasihat untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Di Facebook, ramai pula yang membicarakan mengenai tindakan undang-undang dikenakan buat mereka yang berpakaian seperti wanita. Apa pendapat anda?