Pada 11 Februari ini bakal berlangsungnya pertandingan berprestij yang menghimpunkan 12 lagu untuk dipertandingkan bagi merebut gelaran Juara Lagu edisi 32.

Sentuhan Rizman Ruzaini

Bertemakan Fesyen & Muzik, Anugerah Juara Lagu (AJLO) kali ini memberi perhargaan kepada pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini untuk memberi nafas baru kepada trofi lagenda itu.

Bagi mereka, peluang seperti ini adalah sesuatu yang sangat besar bagi mereka kerana mereka sendiri merupakan peminat tegar AJL sejak di bangku sekolah lagi.

“Tiba-tiba diberi peluang untuk mereka trofi AJL, sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Kami sangat terharu dengan penghargaan ini. Tahun ini AJL adalah satu penanda aras yang sangat kuat buat kami. 13 tahun dalam industri, tahun ini kami diberi peluang mereka trofi buat AJL. Bukan senang bagi kami, kerana sudah 32 tahun AJL menggunakan trofi yang sama, tiba-tiba tahun ini berubah”

Trofi Dipenuhi Batu Permata

Menariknya lagi mengenai AJL 32 ini, trofi pemenang buat julung kalinya telah direka dengan begitu eksklusif dan elegan dimana trofi akan dipenuhi perincian batu pertama.

Tambanhya lagi di bawah trofi bakal tertera ‘Direka Eksklusif Oleh Rizman Ruzaini’ yang sudah pastinya bakal dikenang sepanjang zaman.

“Bentuk trofi itu masih dikekalkan, cuma kami menambah perincian batu permata untuk menyerlahkan lagi tema fesyen dan muzik pada trofi itu. Kami telah bahagikan kepada tiga warna iaitu emas, perak dan emas ros untuk setiap pemenang”

Khabarnya pada malam AJL nanti, bakal ada kejutan daripada kedua – dua pereka fesyen ini. Nantikan 11 Februari ini!

Sumber : Suria.fm

Artikel SebelumnyaKesal Kematian Sathiswaran, Zainalabidin Mahu Malaysia Contohi Hong Kong
Artikel Seterusnya10 Pesona Iulia Vantur, Artis Romania Bakal Isteri Salman Khan
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress