Sebelum ini Hangat.com pernah menyiarkan kisah mengenai Captain kesayangan ramai, Captain America yang dilakonkan oleh Chris Evans khabarnya mengucapkan selamat tinggal pada peminatnya kerana Avengers 4, Infinity War adalah kemunculannya yang terakhir sebagai adiwira itu.

Giliran Thor Ucap Selamat Tinggal

Kini, peminat francais filem itu dikejutkan pula dengan khabar rakan seperjuangannya, Chris Hemsworth yang turut mengucapkan selamat tinggal pada Avengers 4 yang merupakan filem terakhir beliau kerana kontraknya bersama sudah tamat. Hemsworth bersama Marvel sejak 2011 begitu terkenal dan sinonim dengan wataknya sebagai Thor.

Sudah Jemu Dengan Thor

Selain Avengers, Thor turut mempunyai rangkaian filemnya sendiri dimana menduduki tangga ke tujuh carta box office dengan kutipan AS $ 313.1 juta (RM1.2 bilion), filem Thor: Ragnarok tahun lalu antara sekuel Thor terbaik yang pernah dihasilkan.

Menerusi temubualnya bersama USA Today, Hemsworth memberitahu kontraknya bersama Marvel sudah tamat sebaik sahaja penggambaran Avengers 4 tamat baru – baru ini.

“Saya sudah selesai. Saya tidak akan mainkan watak Thor lagi”

Meskipun sudah tidak mahu lagi memegang watak Thor, beliau berharap watak itu tidak tamat begitu sahaja. Malah jika mahu ditamatkan, Hemsworth berharap ianya ditamatkan dengan begitu baik sekali. Apa pendapat anda, jika Thor diteruskan siapakah pelakon yang sesuai menggantikan Hemsworth? Bagi kami adiknya, Liam Hemsworth adalah pengganti yang sesuai!