Pemain bola sepak terkenal, Aidil Zafuan yang juga abang kembar kepada Zaquan Adha melalui Instagram nya telah mengumumkan isterinya, Zarema Zainal telah selamat melahirkan anak kedua mereka.

Anak Lelaki Keempat Aidil

Aidil telah memberitahu isterinya itu telah selamat melahirkan anak mereka yang juga lelaki pada Sabtu lalu pada jam 5.45 pagi. Aidil dan Zarema telah berkahwin pada 2014 dan dikurniakan seorang Ayden Zeeyad bin Mohamad Aidil Zafuan yang kini berusia 4 tahun.

Terdahulu, Aidil pernah berkahwin dengan pelakon popular, Rita Rudaini dan mereka mempunyai dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna sebelum pasangan ini disahkan bercerai pada 2013 dengan talak satu menerusi kiriman SMS.

BACA  'Saya Bakal Dapat Baby Girl' - Memey Suhaiza

Apapun, kami di Hangat.com mendoakan yang terbaik buat mereka dan sudah pasti ingin melihat mereka berbaik demi anak – anak seperti yang ditunjukkan oleh Norman Hakim, Memey Suhaiza dan Abby Abadi.

Gambar : Instagram Aidil Zafuan