Nama Feeya Iskandar atau lebih dikenali sebagai Cik Piah begitu sinonim dengan slot Santai Sinar di stesen radio Sinar FM. Walaubagaimanapun pada jumaat yang lalu, peminat tidak akan lagi mendengar suaranya di stesen radio itu setelah Cik Piah umumkan dia bakal berhijrah ke stesen radio lain.

Peminat Sedih

Cik Piah bermula di Sinar bermula 2013 bersama gandingannya, Salih Yaacob menerusi Santai Sinar. Berita itu bukan sahaja mengejutkan peminat malah rata-ratanya turut berasa sedih dengan penghijrahan Cik Piah yang merupakan pendengar setia slot itu.

Sertai Suria FM? 

Cik Piah yang berkongsi berita itu di Instagram nya turut mengucapkan terima kasih atas segala kenangan selama berada di Sinar FM serta memohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang dia berkhidmat. Dengar ura-ura, Cik Piah bakal sertai Suria FM. Sejauh mana kebenaran ini kami tidak pasti apa pun semoga sukses di tempat baru kelak!

Gambar: Instagram Feeya Iskandar