Sejak beberapa minggu ini heboh mengenai isu Mak Nyah, Geng Kunyit, Transgender dikalangan selebriti tanah air. Isu sebegini seolah-olah mendapat perhatian dikalangan masyarakat Malaysia.

Kewujudan golongan Mak Nyah dalam negara kita bukanlah sesuatu perkara pelik. Tak perlulah netizen ‘acah-acah ‘ nak terkejut ataupun tiba-tiba rasa dunia ini gelap gelita kerana mereka.

Jutawan kosmetik Nur Sajat kerana dia lebih menonjol di media sosial.

Sejak zaman-berzaman golongan Mak Nyah memang ada dalam dunia hiburan, cuma zaman kini sudah ada media sosial untuk melemparkan kritikan secara meluas. Jari jemari lebih berbisa dari mulut.

Mimie Zarina

Kredit Foto: arkibnegara.blogspot.com

Mungkin generasi sekarang mungkin tidak kenal nama ini. Sebab itu zaman sekarang ramai lebih suka serang jutawan kosmetik Nur Sajat kerana dia lebih menonjol di media sosial.

Dalam ramai-ramai kaum mak nyah yang terdapat di seluruh tanahair, nama Mimie Zarina memang tidak asing lagi. Mimie Zarina boleh dikatakan kurang dikenali kini tetapi dia merupakan salah seorang selebriti mak nyah yang popular pada 1980-an.

Presiden Persatuan Mak Nyah

Apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan mengasaskan Persatuan Mak Nyah Wilayah Persekutuan pada hujung 1980-an, Mimie telah dipilih untuk memegang jawatan Presiden. Kewujudan Persatuan Mak Nyah secara sah itu tidak bertahan lama apabila ia diabaikan setelah ketua pengarah JKM bertukar ganti.

5 Fakta Tentang Mimie Zarina

1. Berasal Dari Perak

Mimie Zarina Kini Berusia 61 Tahun bersama wartawan Syed Wafa

Nama sebenar Mimie Zarina ialah Mohd Shamsuddin Abdul Rahman, dilahirkan pada 1947 dan berasal dari Teluk Intan, Perak.Dia menuntut sehingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Anglo Chinese di Teluk Intan.

2. Berlakon Filem

Mimie terlibat dalam dunia hiburan sebagai pelakon watak-watak kecil dalam beberapa buah filem seperti Bas Kondaktor (1986), O.K. (1990) & Thermometer 3 (1990-an). Dalam adegan akhir filem Bas Kondaktor.

Mimie telah mengejutkan para penonton apabila dia berani tampil dengan berpakaian renang!

3. Aktif Dalam Drama

Selain daripada filem, Mimie juga pernah berlakon dalam drama swasta yang bertajuk Kisah Si Tua & Liku-Liku Jalanan.

4. Asalnya Seorang Tukang Jahit

Kerjaya tetap Mimie sebenarnya ialah sebagai tukang jahit, di mana dia sering menerima tempahan daripada artis-artis wanita selain daripada para pelanggan biasa.

5. Penghidap HIV Pertama Yang Dilaporkan di Malaysia.

Menurut satu temubual eksklusif bersama Sulastri Ariffin di portal TheNutGraph, Mimi Zarina adalah seorang pemimpin mak nyah yang memutuskan untuk mengambil pendekatan kebajikan untuk menyusun mak nyah.

Pada tahun 1983, terdapat fatwa yang melarang pembedahan seks, dan kemudian pada tahun 1986 mereka terkait dengan kes HIV pertama yang dilaporkan di Malaysia.

Disokong oleh Jabatan Kebajikan

Menurut Sulastri, Jabatan kebajikan sangat menyokong persatuan Mak Nyah ini. Mereka melakukan gotong-royong, membersihkan bandar, memberi sukarela di hospital mental dan sebagainya.

“Pada masa itu Datuk Shahrir Abdul Samad adalah Menteri Wilayah Persekutuan. Dia baik-baik saja dengan kami. Kami mempunyai baju kurung baju kurung dengan lencana dan semua, seperti Wanita Umno.”

Tetapi badan keagamaan mula  bermasalah. Mereka membantah, kerana persatuan seperti ini akan merekrut lebih ramai orang untuk menjadi mak nyah.

Hormat-Menghormati

Jika sebelum ini Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh mewujudkan persatuan Mak Nyah, ini bermakna budaya terdahulu lebih menghormati antara satu sama lain. Cuma zaman sekarang nilai-nilai murni ini sudah hilang dalam masyarakat Malaysia.

Bukanlah mahu menyokong mana-mana pihak. Namun hangat.com hanya mahukan keamanan di bumi ini. Bukannya kebencian yang menghitam dalam diri masing-masing. Kami hanya mahu Malaysia yang menghormati semua warga negara, tidak kira siapa mereka atau apa jantina atau seksualiti mereka.

Sumber TheNutGraph