Semalam senarai calon dan kategori bagi Anugerah MeleTOP Era (AME2018) telah pun diumumkan dan AME bakal berlangsung pada April ini dan sejurus sahaja diumumkan beberapa kategori dan calon bagi anugerah berkenaan, pelbagai spekulasi telah pun timbul dari kalangan peminat.

Fattzura Digam?

Salah satu spekulasi yang timbul adalah mengenai ketiadaan pasangan Fattah Amin dan Fazura atau lebih suka dipanggil mereka sebagai FattZura dalam kategori Couple MeleTop Top 20. Seperti yang kita ketahui, peminat pasangan ini begitu ‘kuat’ malah ramai mengaitkan isu ini dengan Neelofa dan juga mengenai kononnya Fattah dan Fazura digam gara-gara insiden tempoh hari.

BACA  'Kahwin Dengan Janda, Tapi Jandakan Isteri Sendiri' - Netizen Perli Ude Wahid

Walau bagaimanapun menurut Ketua Strategi Kandungan dan Inovasi Astro, Namanzee Haris beliau menafikan Fattah dan Fazura sengaja tidak dimasukkan dalam kategori terbabit sebaliknya kedua-duanya tercalon bagi kategori lain sekaligus menepis dakwaan peminat kononnya mereka digam.

Peminat Pertikai Izreen Azminda Tercalon Dalam Couple MeleTOP

Dalam perkembangan lain, bagi kategori Couople MeleTOP, Izreen Azminda dan suami, Ude turut tercalon.

Ini sekaligus mengundang pertikaian di antara peminat yang menganggap dia tidak sesuai memandangkan kontroversinya terdahulu membuatkan dia dianggap sebagai perampas suami orang.

Apa pendapat anda? Pasangan manakah yang akan memenangi kategori yang ‘panas’ ini?

like
love
haha
wow
sad
angry