Sejumlah 37 buah syarikat penerbiitan tempatan berhutang sebanyak RM2.4 juta kepada Istana Budaya. Akibatnya, teater kebangsaan telah senarai hitamkan 20 daripadanya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani, berkata mereka kesal dengan syarikat-syarikat penerbitan yang batalkan projek mereka pada minit-minit terakhir, dengan purata enam kes yang berlaku setiap tahun sejak 2012.

Kredit Foto: Aswadi Alias NSTP

Katanya,bahawa syarikat-syarikat yang disenarai hitam juga gagal membayar sewa dan yuran artis mereka.

“Senarai hitam adalah usaha terakhir kami. Mereka telah membuat kesulitan untuk Istana Budaya untuk mencari pengganti pertunjukan penta dan ada yang belum menyelesaikan hutang selama sedekad.”

Beliau berkata syarikat-syarikat yang berutang mereka menghasilkan sebahagian besar adalah persembahan dalam Bahasa Malaysia.

“Syarikat-syarikat yang kami senaraikan adalah kali pertama mengadakan persembahan di teater kebangsaan. Mereka bergantung kepada jualan tiket, bukan penajaan. Apabila tidak mendapat sambutan, syarikat-syarikat ini tidak dapat membayar sewa dan yuran pelakon”

Antara produksi yang berlangsung di Istana Budaya pada tahun ini ialah KRU 25 – Konsert Doa Buat Kekasih

Menurut laporan dari NST Online, ketika ditanya mengapa teater kebangsaan membenarkan pendatang baru menggunakan panggung mereka, Juhari berkata anggota parlimen menggesa kementerian itu memberi mereka peluang.

“Malangnya, sebagai kementeriannya telah menyatakan dengan jelas, syarikat-syarikat ini tidak mempunyai rangkaian korporat yang baik, yang besar dan terkemuka seperti Tall Order Productions dan Enfiniti Productions.”

Ola Bola The Musical bakal mangadakan tayangan perdana pada 8 Februari 2018

Juhari menasihati syarikat-syarikat teater baru untuk mendapatkan penajaan yang mencukupi untuk pertunjukan mereka, sebelum membuat keputusan untuk menerbitkan sebuah teater di Istana Budaya.

“Untuk membuat persembahan, konsert atau muzik berjaya, syarikat perlu bersedia 100 peratus.”

Antara produksi yang berlangsung di Istana Budaya pada tahun ini ialah KRU 25 – Konsert Doa Buat Kekasih dan Konsert Ulang Tahun ke-25 Symphony Orchestra.

Dewan utama Istana Budaya, Panggung Sari, yang telah ditutup untuk pengubahsuaian selama lapan bulan akan dibuka pada 8 Feb untuk Ola Bola The Musical.

Sumber NST ONline