Selain daripada Sir Azri atau dikenali sebagai Papagomo yang sehingga kini tak henti-henti serang jutawan kosmetik Nur Sajat di media sosial, kini giliran Safiey Illias buka mulut.

Menerusi sebuah rakaman video secara live yang dipertontonkan menerusi akaun Instagram Safiey pada pengikutnya, wanita bergelar usahawan ini telah menyindir Nur Sajat sebagai munafik.

Sindiran yang keluar dari mulutnya sendiri ini bermula selepas Safiey ditanya oleh salah seorang peminat tentang gelaran bapok atau pondan terhadap dirinya.

“Saya tak rasa apa-apa pun jika orang panggil saya Bapok atau pondan, sekurang-kurangnya saya tak munafik mengatakan saya Khunsa, munafik kata saya perempuan sekejap lelaki. “

Kenyataannya ini seolah-olah merujuk kepada kes Nur Sajat yang sehingga kini orang ramai masih mempersoalkan jantinanya. Safiey Illias juga menyelar tindakan Nur Sajat yang suka buat gosip murahan seperti mahu menunaikan Umrah bersama keluarga tahun lalu.

“Saya tak buat gosip murahan dengan bagitahu nak pergi Umrah. Nak terbakar depan sana ke? Kalau nak pergi tu jadilah seorang lelaki.”

Sebelum ini Hangat.com ada menyiarkan artikel tentang Safiey memberitahu pada pengikutnya bahawa dia tidak kisah dan dah bersedia untuk menjadi wanita seperti dahulu. Bimbang jika akan menjadi tular, Safiey juga pening bila wajahnya disamakan dengan jutawan kosmetik sensasi Nur Sajat.

Tak tahan dengan panggil Nur Sajat terhadapnya, Safiey merasakan dia tak kisah jika mahu menjadi perempuan semula walaupun kini ramai yang menyokong penghijrahan yang dilakukan olehnya.

BACA  Pernah Berkhidmat Dengan Yuna, Inilah Pereka Props Persembahan Sufian Suhaimi Di AJL33