Tahun ini membuka lembaran baru dalam kerjaya pelakon Firdee Akassya Rosli, 35, atau lebih dikenali sebagai Aqasha selepas menjadi salah satu peserta untuk Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang tersingkir pada peringkat suku akhir pertandingan.

Sebelum bergelar pelakon, Aqasha terlebih dahulu dikenali sebagai penyanyi selepas menyertai pertandingan Bintang RTM pada 1999. Beliau yang terkenal dengan lagu Embun telah dipertanggungjawab untuk mengendalikan 11 minggu konsert mingguan rancangan Bintang RTM 2018 bersama Misha Omar, 36, penyanyi yang terkenal dengan lagu Bunga-Bunga Cinta sebagai hos.

Pihak produksi Bintang RTM 2018 turut memperkenalkan barisan tenaga pengajar yang terdiri daripada Datuk Ahmad Azhar Othman atau dikenali sebagai Awie yang dipertanggujawab sebagai guru persembahan, Syafinaz Selamat sebagai guru vokal, Alam Wakaka sebagai guru tari dan Atilia Haron sebagai guru kecergasan.
BACA  [VIDEO] Misha Omar Kini Bergelar Pembaca Berita Astro?

Bintang RTM 2018 masih mengekalkan format penjurian 100 peratus oleh juri profesional. Seramai 16 peserta bakal berentan untuk merebut gelaran juara dalam pertandingan Bintang RTM 2018 yang akan disiarkan pada Sabtu hari ini dan akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 pada setiap Sabtu, pukul 8.30 hingga 10.30 malam.


Hangat.com mendoakan Aqasha serta Misha Omar bersama-sama dapat mengendalikan Bintang RTM 2018 ini dengan sebaik mungkin. Mana tahu banyak lagi tawaran lain untuk jadi pengacara kan?