Selepas anda membaca artikel ini, pasti anda akan faham mengapa jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida tak henti-henti menunjuk kemewahan mereka pada orang ramai walaupun dah dikecam teruk.

Mereka sebenarnya tak perlu dipersalahkan dan ada sebab mereka memilih jalan untuk bersikap riak. Bak kata orang tua, “Rambut Sama Hitam, Hati Lain-lain”. Tak semua orang kaya yang bermegah-megah dengan kekayaan masing-masing.

Yang Sangat Kaya Selalunya Lebih Sederhana

Siapa yang tak tahu dengan hasil kekayaan Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, CEO Microsoft Bill Gates atau pemilik Air Asia, Tony Fernandes?

Sebagai pemilik perusahaan besar dan berpengaruh, pendapatan mereka terus bertambah setiap hari. Yang menariknya, penampilan mereka tidak seperti orang kaya seperti Aliff dan Vida. Ketiga-tiganya lebih suka mengenakan t-shirt biasa yang berharga tak seberapa.

Kenapa orang kaya raya seperti mereka suka pakai T-shirt biasa?

Banyak alasan yang diungkapkan oleh mereka. Salah satunya adalah mereka tak mahu ambil peduli dengan urusan kecil seperti nak sarapan apa, jenama barang dan pemilihan baju. Sebab itu mereka lebih suka benda-benda yang ringkas.

Alasan lainnya ialah, bahawa dibanding belanja barang-barang mewah seperti baju mahal, mereka lebih memilih untuk melaburkan wangnya kembali ke masyarakat.

Seperti Mark Zuckerberg menyumbang berjuta wangnya untuk mengubati penyakit. Menurut laman The New York Times, sumbangan itu untuk  sosialisasi, serta pembelian ubat-ubatan untuk penyakit yang bersifat epidemik secara global.

Selain alasan membelanjakan wang untuk sosial, kebanyakan orang kaya raya berasal dari keluarga kelas tinggi. Mereka sejak kecil sudah terbiasa hidup sederhana. Tidak pernah terfikir untuk menunjuk-nunjuk barang yang dibeli.

Dan yang pasti, orang kaya yang bijak  lebih memilih untuk melaburkan wangnya, daripada untuk berfoya-foya belanja barang mewah. Seperti kata Chef Wan, “Why Money Can’t Buy You Class”.