Jika dilihat secara purata, kebanyakan Telco di Malaysia masih tidak mampu memuaskan hati setiap pengguna. Manakan tidak, kerana setiap daripada individu mempunyai citarasa dan kecenderungan berbeza mengikut tahap penggunaan yang sesuai.

Ada diantaranya yang lebih kepada sosial media dan tidak kurang juga yang lebih kepada perhubungan melalui panggilan telefon untuk berhubung.

Untuk itu, Yoodo sebuah syarikat telekomunikasi baru di pasaran tempatan mula beroperasi untuk memuaskan hati setiap pengguna mereka dengan sebaik mungkin dengan menyasarkan golongan digital masakini.

Pertama Di Malaysia

Meskipun bernaung di bawah Celcom, namun Yoodo tampil dengan keisimewaannya tersendiri. Tidak perlu buang masa dan semudah ABC, bagi anda yang ingin menggunakan Yoodo, hanya perlu perlu memuat-turun aplikasi, dan kad SIM akan dihantar terus ke depan pintu rumah anda.

Seperti sedia maklum, pendaftaran kad SIM kini memerlukan pengesahan kad pengenalan dan butiran peribadi sebagai rekod. Dengan Yoodo,proses pendaftaran hanya perlu mengimbas kad pengenalan atau passport atau pengecaman wajah sebagai pengesahan.

Tetapan Data Penggunaan

Sudah pasti ramai yang ingin mengetahui apakah kelebihan Yoodo ini berbanding telco lain. Selain dari pendaftaran yang mudah, pengguna juga boleh melakukan tetapan pelan mereka mengikut kuota data, panggilan, SMS yang mereka inginkan.

Pembayaran? Segalanya menerusi digital dimana pembayaran pelan adalah melalui kad kredit atau debit dan jika pengguna mempunyai masalah, sokongan khidmat pengguna juga boleh dihubung secara terus menerusi aplikasi Yoodo.

Keistimewaan Yoodo

Buat anda yang tertanya apakah keistimewaan Yoodo, Hangat.com rangkumkan kelebihan buat pengguna Yoodo ;

1. Pendaftaran secara atas talian- menggunakan aplikasi
2. Bagi pelanggan di sekitar Lembah Klang, anda boleh memilih penghantaran segera kad SIM yang akan dihantar oleh GoGet dalam tempoh 2 jam, manakala bagi penghantaran biasa termasuk ke negeri yang lain adalah melalui pos secara percuma!
3. Kawalan data, panggilan dan SMS termasuk penggunaan Faceebok, Instagram dan YouTube pada pilihan anda
4. Tiada kontrak
5. Roam – like – home (penggunaan pakej data sedia ada di luar negara)
6. Tiada caj tersembunyi
7. Punyai aplikasi sendiri di semua peranti Android dan iOS
8. Pilihan nombor di tangan anda

Maklumat lanjut  Yoodo

Muat-Turun Yoodo di Android

Muat-Turun Yoodo di iPhone

Komen Anda

Previous articleKetagihan Foto Bogel! Kim Kardashian Nekad ‘Pose’ Tunjuk Aset
Next article‘Instafamous’ Chazynash Pegang Watak Utama Dalam Sitkom TV
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress