Banyak perkara baru yang dilalui oleh penyanyi serta pelakon berusia 29 tahun ini selepas menjadi isteri kepada Engku Emran selama hampir lima bulan. Salah satu daripanya adalah meraikan ulang tahun Engku Emran buat kali pertama pada 1 Februari 2018 yang lalu.

KUCUPAN HANGAT

Engku Emran yang baru genap 43 tahun pada Khamis yang lalu menerima hadiah yang istimewa dengan Laudya Cynthia Bella mencium pipi Engku Emran sambil memeluk suami dan anaknya, Engku Aleesya. Makan hati Hangat.com melihat pasangan dua sejoli ini bermesra.

TERKEJUT

Engku Emran juga kelihatan sunnguh terkejut melihat kek di hadapannya dengan lilin bernombor 43. Bella juga menulis kapsyen..

#expresionshocked 🎂❤️
#terimatakdiryasayang
#stillyoungkok
#lovemyhubby ❤️

DILAPORKAN KEPADA PIHAK POLIS

Sementara itu, baru-baru ini Bella juga mengalami pengalaman yang pahit sepanjang hidup beliau. Bintang filem Surga Yang Tak Dirindukan ini dilaporkan kepada pihak polis di Bandung, Indonesia oleh seorang ahli perniagaan yang bernama Jimmy Sanjaya. Bella dituduh melakukan penipuan dan penyelewengan wang.

BACA  Benarkah Heroin Syurga Yang Tak Dirindukan Ini Putus Tunang, Tapi Angkara Siapa?

JUAL BELI TANAH

Kes itu dilaporkan berlaku pada tahun 2009 lalu. Ketika itu Bella dan Jimmy membuat persetujuan untuk membeli tanah di Kampung Blok Tugu Mekarluyu, Bandung. Kawasan tanah seluas 5360 meter persegi telah dipersetujui Bella dan Jimmy dengan harga RP911.200.000 (RM263,975.00).

Menurut Jimmy, beliau sudah menyerahkan duit pendahuluan sebanyak RP140 juta (RM41,000.00), namun Jimmy berkata bahawa Bella telah mengubah harga tanah tanpa persetujuan Jimmy dan meminta penambahan sebanyak RP300 juta (RM86,000.00).

Hangat.com berharap agar Bella bersabar dengan dugaan yang dilalui, semoga Bella lebih berhati-hati pada masa akan datang.

like
love
haha
wow
sad
angry

Komen Anda

Previous article[VIDEO] Aksi LUCAH Iqram Dinzly dan Liana Rosli DIKECAM!
Next articleDah Tidak Tinggal Sebumbung. Will Smith Bakal Bercerai?
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"