Semasa majlis malam berinai Betty Rahmad iaitu adik bongsu kepada pelakon popular Umie Aida dan Erma Fatima pada hari rabu yang lepas. Pelakon Iqram Dinzly serta pengasas produk kecantikan, Liana Rosli atau dipanggil kak KM dikecam oleh netizen.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Liana, beliau dan Iqram sedang menikmati ais krim kon dengan aksi yang menggiurkan dan dianggap lucah oleh netizen.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan aksi tersebut dan meminta kedua-dua selebriti ini bertaubat. Ada juga segelintir netizen terhibur dengan aksi ‘panas’ dan menganggap rakaman tersebut hanyalah gurauan yang dilakukan oleh Iqram bersama anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu.

BACA  Video Aksi Lucah Jadi Kecaman! Ini Teguran Liana Rosli Untuk 'Haters'

Sebelum ini, Iqram Dinzly dikecam dengan beliau tampil melakukan aksi-aksi pelik dan seakan-akan lucah di media sosial peribadi Iqram dan terus hangat diperkatakan oleh netizen sehingga hari ini.

like
love
haha
wow
sad
angry

Komen Anda

Previous articleDatuk Pakai Stokin Tahun Bila Tu?- Netizen Tegur Aliff Syukri
Next articleBella Ditahan Polis Ketika Sambut Ulangtahun Engku Emran
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"