Salah satu pasangan paling digemari di Hollywood dikhabarkan sedang mengalami pergolakkan rumah tangga. Sebuah laporan terbaru dari Radar Online menyatakan bahawa Will Smith dan Jada Pinkett Smith tidak sebumbung lagi sejak anak-anak mereka, Jaden Smith dan Willow Smith, meninggalkan rumah mereka.

Namun seperti disampaikan oleh Ace Showbiz, Jumaat (2/2/2018), khabar tersebut sedang disahkan oleh media setempat. Andai itu benar, maka Will Smith dan Jada Pinkett Smith akan mengakhiri pernikahan yang telah terjalin selama dua puluh tahun.

Kononnya, pasangan bintang popular tersebut mengalami saat-saat sangat sulit. Beberapa rakannya menyebut Will Smith yang kini berusia 49 tahun itu, pernah memaklumkan bahawa semuanya sudah berakhir antara Will dan Jada yang berusia 46 tahun tersebut.

BACA  Jaden Smith Kemaruk Nak Jadi Bintang K-Pop, Bakal Debut Tahun Ini

Malah, pasangan ini dikhabarkan sudah mula menjalani kehidupan masing-masing dan menuntut perceraian yang melibatkan harta bersama yang berjumlah sekitar USD 270 juta atau sekitar RM 1.2 Billion. Hal itu terjadi andainya penyelesaian mereka yang terakhir tidak membuahkan hasil.

Sumber Radar Online

like
love
haha
wow
sad
angry