Baru-baru ini, kecoh memperkatakan mengenai penghias kulit wajah sebuah majalah hiburan yang menampilkan Adira bersama Izreen Azlinda bagi isu ‘isteri kedua’. Lantaran itu, Izreen teruk dikecam sehingga ada pembaca setia majalah itu sanggup memboikot isu berkenaan kerana menampilkan pelakon kontroversi itu.

Tidak terkecuali, Adira yang turut menerima tempias dan suatu ketika dahulu turut mengalami nasib yang sama.

Saya Dah Lali Dikecam

Adira ketika ditanya Hangat.com berkata, beliau sendiri sudah lali dikecam sejak mula berada di industri. Baginya itu seperti lumrah anak seni dilemparkan pelbagai kecaman dan gosip liar. Mengambil langkah berdiam diri adalah lebih baik daripada mengambil kisah segala komen negatif yang diterima.

“Saya tahu akan ada pelbagai gosip dan kecaman yang netizen lemparkan pada saya. Lebih baik jangan dilayan, kalau tidak mesti akan sakit hati dan aktiviti harian saya pun mesti terganggu. Biarlah orang nak kata apa, janji siapa yang mengenali saya, tahu siapa saya dan saya tak rasa isu sebelum ini (poligami) merosakkan hubungan kami sekeluarga. Yang lepas tu biarlah lepas..”

Izreen Seorang Yang Kuat

Mengulas lebih lanjut mengenai kontroversi muka depan majalah popular itu, bagi Adira sendiri beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Izreen. Malah dari mata Adira, beliau melihat Izreen seorang yang kuat kerana beliau sendiri pernah lalui situasi yang sama dan berharap Izreen akan lebih tabah menghadapi segala kecaman yang diterima.

“Bila digandingkan dengan Izreen dan diberikan tajuk yang sedemikian saya tak rasa ianya bermasalah kerana saya sendiri pun tak minta tajuk berkenaan. Tetapi saya faham isu melibatkan poligami memang perkara sensitif dalam kalangan masyarakat. Saya pernah lalui perkara sama sebelum ini dan rasa kasihan juga dengan Izreen kerana teruk dihentam netizen. Tetapi saya tahu Izreen seorang wanita yang kuat dan mendoakan Izreen semoga lebih tabah,”

Perkembangan Terbaru Adira

Selepas berakhirnya program AF Megastar, Adira kini tampil dengan single terbarunya yang berjudul Sembunyi hasil ciptaan Alif Sleeq dan turut bernaung di bawah Rockefuel Entertainment.

BACA  Kata-kata 20 Artis Popular Ini Jadi Pengubat Sengsara Nabila Huda

Tambah Adira beliau kini ingin kembali sibuk dengan karier seninya dan meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 2 atau 3 single terbaru akan dipasarkan dalam tahun ini. dan akan kembali sibuk dengan karier seninya selepas ini.