Terkejut! Itulah ungkapan yang pertama terpacul di mulut Syamel apabila ditanya berkenaan isu menggelarkan penyanyi Ernie Zakri sebagai ‘Sayang’.

Menurut Syamel beliau sendiri tidak tahu bagaimanakah portal berkenaan boleh membuat cerita seperti yang demikian malah turut bertanyakan Ernie berkenaan artikel tersebut.

Hanya Bergurau

Syamel ketika ditemui di Pelancaran Video Karaoke Artis Naungan Rocketfuel Entertainment berkata beliau dan Ernie hanya berkawan baik malah mengenai panggilan ‘Sayang’ itu, Syamel sememangnya suka menggelarkan sesiapa sahaja dengan panggilan itu dan menganggap ianya hanya sekadar gurauan.

“Terus – terang saya terkejut apabila gosip ini timbul, dan saya turut bertanyakan pada Ernie memandangkan kami berkawan baik. Orang mungkin terdengar saya panggil Ernie ‘sayang’ dan macam-macam orang boleh cakap”

Keluarga Kecewa

Tambah Syamel, keluarga mereka (termasuk Ernie) berasa terkilan kerana timbulnya gosip ini. Keluarga mereka tahu bahawa mereka sekadar kawan baik apatah lagi dalam satu industri.

BACA  Syamel Luahkan 'Sesuatu' Dalam Lagu Biar Cinta

Syamel juga tidak menolak kemungkinan lagu duetnnya bersama Ernie menguatkan lagi spekulasi netizen mengenai hubungan mereka.

“Buat masa ini fokus saya hanya nak kumpul duit beli kereta, beli rumah dan sekarang tiada masa untuk bercinta kerana bimbang konsentrasi terganggu,”

Bakal Buat Gimik Di AJL 32

Dalam perkembangan lain, Syamel ketika ditanya mengenai persiapan AJL 32, beliau berharap rezeki pada dua lagunya itu. Tidak menolak bakal ada sedikit gimik pada AJL 32 nanti, segala persiapan kini rancak dijalankan.

“Untuk AJL 32 nanti akan ada sedikit elemen kejutan menanti. Seterusnya untuk kedua – dua lagu ini saya termasuk Ernie akan fokuskan pada vokal dan saya sendiri turut mendapatkan nasihat daripada Datuk Syafinaz”

Apakah kejutan yang bakal dibawa oleh Syamel pada AJL 32 ini? Kami di Hangat.com tidak menolak beliau antara yang akan menyerlah pada malam tersebut dan mungkin muncul sebagai Juara Lagu ? Apakah ramalan anda? Kongsikan pada kami!

BACA  Ernie Zakri Mengaku Berkawan Rapat Dengan Seseorang
Artikel SebelumnyaJangan Terkejut! Koleksi Gambar Nora Danish Di Zaman Bangku Sekolah
Artikel SeterusnyaJurugambar Ini Buru Wajah Kacukan Jepun Di 192 Negara, Ini Hasilnya!
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress