Tidak dinafikan anak-anak Norman Hakim dan Abby Abadi mahupun Memey Suhaiza sememangnya cantik dan kacak semuanya. Lihat saja pada bapa dan ibu mereka sememangnya sudah cantik dan kacak sejak dahulu lagi sehingga menjadi rebutan ramai. Kini, giliran si anak pula menerima tempias itu apabila anak mereka yang kedua, Marissa Dania.

Cantiknya Marissa!

Jika dilihatkan wajah Marissa yang kini berusia 13 tahun, sememangnya cantik! Mewarisi kecantikan Abby Abadi , Marissa tular baru-baru ini kerana kecantikannya. Malah pernah beberapa ketika Memey bergambar bersama Marissa, kelihatan seperti adik dan kakak dan wajah mereka juga mempunyai iras yang sama.

Benarlah kata orang, jodoh maut ditangan Tuhan, disebalik peristiwa pahit suatu ketika dahulu keluarga besar ini mampu bersatu kembali menjadi sebuah keluarga yang bahagia.

BACA  Perkongsian Jasmin Hamid Mengenai Anak-Anak Buat Netizen Terharu

Norman Hakim Letak Syarat

Selepas beberapa hari tular wajah anak kesayangan selebriti ini, Norman mengambil sikap terbuka dengan memberitahu kepada peminat mengenai anaknya itu di Instagram. Akui menerima banyak mesej yang mahu mengahwini anaknya itu, Norman walau bagaimanapun menjelaskan anaknya itu baru meningkat dewasa.

Malah buat mereka yang mahu menjadi menantunya itu, Norman turut meminta mereka utamakan perkara yang wajib terlebih dahulu sebelum dapat menjadi sebahagian daripada keluarga mereka. Memang salute cara Norman ini. Rasanya lagi 5 tahun akan datang, cukup syarat mungkin anda boleh bersemuka dengan Norman untuk menjadi ‘imam’ anaknya.