Ketika kes yang melibatkan Datuk Farid Kamil dan 3 individu lain sedang rancak diperhatikan.

IKLAN

Timbul pula tanda tanya dikalangan netizen yang mempersoalkan tindakan pelakon itu memadam gambar bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimuat naik olehnya di Instagram bulan lalu.

Kenapa Padam?

Gambar yang dimuat naik beserta kapsyen memuji Tun M itu disedari netizen sebaik sahaja dia dibebaskan daripada tahanan reman pada 16 Januari lalu.

Terdahulu pelakon ini dilihat seperti menyokong penuh tokoh politik ini serta memuat naik foto Tun Mahathir dengan kapsyen ,” Public Figure No1… Berwawasan 2020-20 infinity”.

Pelbagai persoalan terus timbul dan terdapat juga segelintir netizen yang bertanya niat sebenar dia membuat laporan terhadap rakan baiknya sendiri iaitu pelakon Sofi Jikan.

BACA  [VIDEO] Tiara Jacquelina Tak Boleh Tidur Selepas Dengar Pujian Tun M

‘Like’ Gambar Sofi Ditahan

Malah tindakan Farid memberikan tanda ‘like’ pada gambar dan video di Instagram Sofi ketika dikenakan perintah reman di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu lalu turut menjadi tanda tanya netizen.

Gambar-gambar telah dimuat naik oleh adik Sofi, Shaiful Jikan. Walaubagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan mahupun maklum balas dari Farid berkenaan berita penahanan Sofi dan Taj Innuendo.

Sumber Mstar Online