Debaran AJL 32 semakin terasa! Pada Ahad ini,bertemakan fesyen dan muzik sebuah lagi karya bakal dinobatkan sebagai Juara Lagu bagi edisi ke 32 yang menyaksikan 12 lagu bakal berentap meraih gelaran itu.

Persaingan Muka Baru

Perkembangan AJL 32 kali ini menyaksikan ramai muka-muka baru tersenarai bersaing dengan penyanyi senior yang sudah pastinya memberi saingan hebat. Boleh dikatakan lebih dari separuh penyanyi yang berentap adalah artis baru seperti Hael Husaini, Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Khai Bahar, Salma, Syamel, Ernie Zakri dan Ara.

Pemenang AJL 32

Jika tahun lepas menyaksikan Dayang Nurfaizah menjuarai AJL 31, tahun ini beliau kembali mempertaruhkan lagu Separuh Matiku Bercinta. Adakah Dayang mampu mengekalkan kejuaraannya? Ini ramalan kami mengenai keputusan Pemenang AJL 32

BACA  Keputusan Finalis AJL ke-32 Berat Sebelah? Peminat Kecewa
Juara Lagu AJL 32 – Lebih Sempurna – Syamel
Naib Juara Lagu AJL 32 – Jampi – Hael Husaini
Tempat Ketiga Juara Lagu AJL 32 – Tergantung Sepi – Haqiem Rusli
Vokal Terbaik AJL 32 :
Aku Cinta -Syamel & Ernie Zakri / Separuh Matiku Bercinta- Dayang Nurfaizah
Persembahan Terbaik AJL 32 :
Bayang – Khai Bahar

Senarai Lagu AJL 32

Lagu: Akhirnya Cinta
Artis: Salma Asis
Komposer: Ajai
Penulis Lirik: Ajai & Slen

Lagu: Bayang
Artis: Khai Bahar
Komposer: Eddy Khalifah
Penulis Lirik: Eddy Khalifah

Lagu: Sejati
Artis: Azmi Caliph Busker (Faizal Tahir)
Komposer: Faizal Tahir & Mike Chan
Penulis Lirik: Faizal Tahir & Mike Chan

Lagu : Amboi
Artis : Altimet
Komposer : Navigator
Penulis Lirik : Altimet

Lagu : Aku Yang Sebenar
Artis : Hazama & The Penglipurlara
Komposer : Datuk M. Nasir
Penulis Lirik : Ad Samad

Lagu: Warkah Untukku
Artis: Ara Johari
Komposer: Hang Nadim
Penulis Lirik: Laq

Lagu: Separuh Mati Ku Bercinta
Artis: Dayang Nurfaizah
Komposer: Ajai
Penulis Lirik: Ajai

Lagu: Lebih Sempurna
Artis: Syamel
Komposer: Syamel/Edry Abdul Halim/Boy Anaz
Penulis Lirik: Syamel

Lagu: Tergantung Sepi
Artis: Haqiem Rusli
Komposer: Gouffran & Ibnu
Penulis Lirik: Gouffran & Ibnu

Lagu: Jampi
Artis: Hael Husaini
Komposer: Hael Husaini & Ezra Kong
Penulis Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

Lagu: Menahan Rindu
Artis: Wany Hasrita
Komposer: Gouffran & Ibnu
Penulis Lirik: Gouffran & Ibnu

Lagu: Aku Cinta
Artis: Syamel & Ernie Zakri
Komposer: Syamel
Penulis Lirik: Syamel

Perlu diingatkan ini hanyalah ramalan kami berdasarkan corak persembahan, vokal dan pengaruh lagu tersebut selama ini. Bagaimana pula dengan ramalan anda? Siapakah akan menjuarai Juara Lagu 32? Jawapannya Ahad ini!

Artikel SebelumnyaWow! 7 Rahsia Besar Jackie Chan Yang Ramai Tidak Tahu
Artikel Seterusnya7 Watak Superhero Marvel Ini Hampir Sama Dengan DC
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress