Hubungan Laudya Cynthia Bella dengan bekas isteri Engku Emran, Erra Fazira, nampaknya patut dicontohi. Tidak ada jarak antara Bella dengan Erra.

Bintang filem Surga yang Tak Dirindukan itu malah menganggap Erra Fazira seperti saudaranya sendiri. Seperti kali ini, Laudya Cynthia Bella turut merayakan ulang tahun Erra Fazira.

Tepat pada hari Jumat (9/2/2018) kelmarin, Erra Fazira genap berusia 44 tahun.Erra berkongsi rasa syukur dan berterima kasih kepada peminatnya mendoakan dirinya panjang umur.

“Allahuakbarrrr.. tak tahu nak ku gambarkan perasaan ini.. TERIMA KASIH kepada kalian semua yg mengirim ucapan SELAMAT ULANGTAHUN.. yg menitip doa buat diri ini.. Hanya Allah yg dapat membalas segala kebaikkan kalian..,” ujarnya melalui Instagram pribadinya.

Tidak ada rasa cembur yang dirasakan Erra Fazira meskipun Engku Aleesya tinggal bersama Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella. Ketiga-tiganya justru terlihat bersama-sama mengurus buah hati mereka.

BACA  5 Perkahwinan Selebriti Wanita Paling Glamour 2017

Seperti baru-baru ini misalnya, Erra akan ambil alih mengasuh Aleesya ketika Laudya Cynthia Bella ada di Jakarta. Begitu juga sebaliknya, saat dirinya sibuk, Bella lah yang akan menguruskan Aleesya.

1
like
love
haha
wow
sad
angry