Jampi yang mengena! Hael Husaini muncul sebagai Juara Lagu 32 dengan singlenya berjudul Jampi.

Kemenangan yang tidak perlu dipertikaikan kerana sememangnya lagu ini telah popular sejak pertama kali berkumandang di corong radio dan antara yang mendapat tempat di pelbagai lapisan umur.

Namun begitu, disebalik berlangsungnya siaran langsung AJL 32 di TV3 dan Tonton Xtra, terdapat beberapa momen yang telah berlaku di stadium yang ramai tidak tahu!

1. Teriakan nama Sofi Jikan Ketika Persembahan Azmi Caliph Busker

Kami tidak pasti jika anda perasan atau tidak sewaktu persembahan Azmi Caliph Busker yang menggantikan Faizal Tahir, terdapat seorang orang tua yang menjadi ‘prop’ persembahan beliau.

Namun ketika Azmi sedang membuat persembahan, tempikan daripada seorang penonton yang menjerit nama pelakon Sofi Jikan yang merujuk kepada orang tua itu. Tidak dinafikan, sekali pandang ada iras dengan pelakon itu.

2. Sajat Curi Perhatian!

Selain selebriti tempatan, usahawan terkenal Nur Sajat juga turut kelihatan berada di majlis berprestij ini.

Kelihatan begitu cantik sekali dengan gaun yang digayakannya usahawan ini mendapat sorakan gemuruh setiap kali berdiri dan berjalan ke tempat duduknya.

Malah melihatkan sorakan yang diterima, Sajat turut membalasnya dengan melambai- lambai kepada penonton persis ratu cantik. Well she nailed it!

3. 5 Persembahan Mendapat Standing Ovation!

Kamera mungkin merakamkan beberapa detik persembahan yang mendapat ‘standing ovation’ seperti Altimet yang turut meraih Persembahan Terbaik AJL 32. Namun tahukah anda selain Altimet, Hael Husaini, Salma, Dayang Nurfaizah, Syamel & Ernie Zakri turut menerima ‘standing ovation’ daripada penonton di stadium dan mendapat sorakan yang begitu gemuruh. Goosebumps!

BACA  Wajah Terkini Nampak Berbeza, Nur Sajat Buat Pembedahan Plastik?

4. Stadium Menangis Kerana Haqiem Rusli

Sungguh mengharukan! Persembahan Haqiem Rusli menerusi lagunya, Tergantung Sepi sememangnya memukau ramai penonton.

Ramai yang mengalirkan air mata apabila penyanyi ini membawa lagunya dengan cukup baik serta turut menampilkan beberapa penari gimik daripada mereka yang ‘istimewa’.

5. Ara Hampir Tidak Dapat Membuat Persembahan

Sebelum berlangsungnya malam AJL32 , penyanyi-penyanyi ini terlebih dahulu membuat persiapan akhir.

Namun begitu, Ara ketika itu berada dalam keadaan kurang sihat serta suaranya juga terganggu.

Tetapi demi AJL32 dan tidak menghampakan peminatnya Ara memberi persembahan yang ‘all out’ dan berjaya membawa Warkah Untuk Ku dengan baik.