[VIDEO] Meremang! Ernie Zakri ‘Pukul Habis’ Di Minit Terakhir

Setelah sekian lama bertarung bakat dalam dunia nyanyian, akhirnya bakat Ernie Zakri diletakkan di tempat yang betul. Maka malam tadi semuanya sudah kenal Ernie sebagai penyanyi yang luar biasa.

Kawalan and kematangan vokal yang sangat baik dalam lagu Aku Cinta duet bersama Syamel sememangnya memukau penonton yang mendengar. Keserasian  antara dua penyanyi ini antara sebab utama mengapa memang layak untuk menang vokal terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-32.

Vokal Berkelas Dunia

Tidak keterlaluan jika Hangat.com boleh katakan Ernie mempunyai vokal berkelas dunia. Sememangnya sejak separuh akhir mereka layak, antaranya faktor Ernie yang sememangnya dia boleh pergi jauh. Ini antara vokal terbaik yang pertama untuk duet dan mungkin juga antara vokal terbaik sepanjang sejarah juara lagu.

Ernie ‘Pukul Habis’

Jika dilihat pada video ini, antara yang buatkan meremang bulu roma. Peminat seolah-olah tergamam dengan kemampuan vokalnya di saat-saat nada tinggi. Terbaik! tapi sayangnya lagu ini tidak menambat hati juri untuk diangkat sebagai Juara.

Netizen Terpukau

Antara reaksi penonton ketika menonton persembahan Ernie. Ada yang mengharapkan Ernie terus menghasilkan lagu duet bersama Syamel lagi pada masa akan datang. 

Menurut Ernie, menjadi guru vokal bukan satu kelebihan buat penyanyi Ernie Zakri untuk memenangi vokal terbaik atau juara keseluruhan di Anugerah Juara Lagu 32.

“Kalau ada rezeki semestinya saya nak menang vokal terbaik. Cumanya saya tahu persaingan sangat hebat. Saya memang fokus pada vokal. Tapi juri menilai pada lagu, persembahan dan juga lirik”

Ernie rupa-rupanya berdarah seni. Selain bapanya, Zakri Ahmad, yang pernah menganggotai band Kilat, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Klang, Selangor dengan bermain dram, dia juga mempunyai ikatan persaudaraan dengan penyanyi terkenal, Ziana dan Anuar Zain.

Ibu Ernie, Rafiaah Mohamed adalah sepupu kepada kedua-dua artis popular itu apabila Ernie memanggil Ziana, Mak Long, manakala Anuar dipanggil Pak Ngah.

BACA  Suami Ziana Zain Didakwa Di Mahkamah Kerana Cederakan Anak
Artikel Sebelumnya[VIDEO] Aliff Syukri Buat Hal Lagi! Dituduh Ganggu Pemuzik Jalanan
Artikel Seterusnya4 Kali Bertanding, Altimet Ucap Selamat Tinggal Pada Pentas AJL
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.