Bagaikan satu aura! Tatkala usahawan kosmetik Nur Sajat Kamaruzzaman atau lebih mesra disapa sebagai Sajat melintas masuk ke karpet merah AJL32 baru-baru ini.

Penampilan Yang Memukau

Malah penampilannya pada malam itu cukup memukau pandangan hadirin yang hadir. Sajat kelihatan cukup cantik menggayakan busana dari Viva La Gia serta turut memakai aksesori barangan kemas milik syarikatnya sendiri, Nur Sajat Gold.

Tidak dinafikan beliau antara yang cukup menyerlah malam itu sesuai dengan tema AJL32, muzik dan fesyen.

Terharu Disorak

Ketika di dalam stadium pula, kami yang turut berada di dalam stadium berkesempatan melihat usahawan ini menerima sorakan gemuruh daripada penonton tatkala ‘spotlight’ difokuskan padanya seperti dalam video kami.

BACA  Dayang Nurfaizah Anggap 2 Penyanyi Ini Sebagai Pencabar di AJL32

Menurut Sajat beliau cukup terharu menerima sorakan tersebut kerana beliau sendiri sudah lama tidak datang ke majlis seumpama itu.

“Sajat dah lama tak pergi event macam ini,walaupun di kecam hebat pelbagai kontervesi bulan lepas,tetapi malam tadi…sajat rasa macam tak percaya,satu dewan menjerit2 panggil name sajat… tq uols semua… sajat hargai anda semua.. haters dan fans sajat.. i love you.. muahhh..”

Dalam perkembangan lain, terdapat juga komen dari netizen yang mempertikaikan mengapa beliau dijemput serta menerima sorakan seperti itu.

Bagi kami, selagi belum ada pengesahan sah dari mana-mana pihak berkenaan isu sebelum ini, tidak bermakna Sajat tidak boleh ke acara seperti ini.

BACA  Inilah 7 Artis Malaysia Terseksi di Instagram, Fokus Ya!
like
love
haha
wow
sad
angry