Happy Birthday Bujibu! Kucing paling popular di Malaysia ini semalam telah menyambut ulang tahun yang ketiga dalam suasana yang cukup meriah!

Bertuah Bujibu, walaupun seekor kucing tetapi popularitinya mengalahkan artis ternama di Malaysia sehingga mempunyai program sendiri bersama Yusuf Iskandar.

Abang Kepada Yusuf Iskandar

Buat anda yang tidak mengenali siapakah Bujibu Chempel, kucing baka ‘British Shorthair’ ini adalah milik pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen.

Malah hubungan mereka dengan kucing ini begitu rapat sehingga turut menggelarkan Bujibu sebagai Abang memandangkan Bujibu terlebih dahulu memeriahkan keluarga ini sebelum lahirnya Yusuf. Malah percaya atau tidak, Yusuf mula mengenali Bujibu sejak beliau lahir lagi. Lihat saja keakraban mereka, cukup mengharukan!

Oke tq

A post shared by Bujibu Chempel (@bujibuchempel) on

Hadiah Bermakna Untuk Bujibu

Bukan sahaja disambut meriah, malah pada majlis ulang tahun Bujibu, kucing yang berasal dari Rusia ini turut dilantik sebagai duta kepada Purina, Fancy Feast jenama makanan haiwan peliharaan yang cukup terkenal.

BACA  Rahsia 7 Selebriti Malaysia Nampak Lebih Seksi & Hangat Ketika Hamil

Turut kelihatan dalam majlis itu adalah ‘kawan-kawan’ Bujibu dari pusat perlindungan Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA). Happy Birthday Kucing Paling Popular di Malaysia!

Gambar  Instagram Bujibu Chempel 

like
love
haha
wow
sad
angry