Belum pun selesai menjalani penggambaran sepenuhnya ketika itu, kru filem Bidong The Boat terpaksa ditangguhkan sementara gara-gara terdapat kru mereka yang meninggalkan set itu.

Tertekan Dengan Gangguan Makhluk Halus

Menurut pengarah filem itu, Yusuf Kelana akui berdepan cabaran menyiapkan filem itu kerana beberapa kru lari meninggalkan set penggambaran kerana terlalu tertekan dengan gangguan mistik.

Menyeramkan! Tambahnya terdapat beberapa lokasi penggambaran yang dipercayai ‘keras’ sepeti di jeti pelabuhan lama terletak di Kijal dan juga di Pulau Bidong Terengganu sehingga kru kerap mengalami gangguan mistik sehingga terpaksa mendapatkan khidmat seorang ustaz.

“Empat kru melarikan diri membawa bersama peralatan dan van penggambaran sehingga saya terpaksa membuat laporan polis. Selepas dipujuk, hanya dua kembali bekerja manakala dua lagi terpaksa diganti dengan kru baru,”

Sinopis

Untuk anda yang tertanya, filem Bidong The Boat mengangkat kisah sejarah berkaitan pendatang dari Vietnam yang melarikan diri ke Pulau Bidong, Terengganu di awal era 70-an.

Dalam filem ini fokus utamanya adalah mengenai seorang bekas pelarian Perang Vietnam 1978 yang pernah ditempatkan di Pulau Bidong selama tiga tahun sebelum kembali semula ke pulau itu selepas tiga puluh tahun untuk melawat kubur suaminya.

Sumber Harian Metro 

Artikel Sebelumnya“Semoga Kau Tak Dirogol”- Nasihat Aliff Satar Buat Pesalah
Artikel SeterusnyaBerbulan Madu? 7 Gambar Romantis Aishah & Suami Baru Di Eropah
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress