Masih lagi hangat memperkatakan mengenai AJL32 yang dinobatkan sebagai antara yang terbaik sepanjang kemunculannya selama ini.

Baik dari segi penyertaan penyanyi-penyanyi yang hebat serta gandingan pengacara yang tidak bosan, menjadikan AJL kali ini cukup berprestij!

Ada Unsur Illuminati

Namun begitu, disebalik anugerah itu terdapat pula beberapa komen dan pandangan dari netizen yang memperkatakan mengenai persembahan artis dan set pentas yang kononnya mempunyai unsur illuminati.

Illuminati merujuk kepada organisasi rahsia barat yang sehingga hari ini masih rumit untuk diperjelaskan.

Antaranya adalah persembahan Khai Bahar yang dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat terutamanya yang beragama Islam.

Netizen Persoalkan Persembahan Khai Bahar

Menurut beberapa komen dari netizen, mereka mendakwa set pentas yang dibawakan oleh Khai seperti sedikit ‘terpesong’ kerana menampakkan beberapa simbol.

BACA  Alasan Siti Nordiana Lagu Ciptaan Tak Layak Ke AJL32

Antaranya sepeti piramid tiga segi, unsur bunyi loceng seperti di gereja dan turut kelihatan seperti salib yang diterbalikkan di mana semua simbol ini dikatakan menyerupai gerakan itu.

Namun begitu, kami percaya ianya hanyalah satu kebetulan dan mungkin Khai dan pihak pengurusannya dapat memandang dengan lebih mendalam mengenai unsur persembahan kelak. takut kontroversi yang sama berulang kembali.

like
love
haha
wow
sad
angry