Seperti sedang berbulan madu tatkala melihat gambar-gambar pasangan ini yang dikongsikan di laman Instagram.

Juara Gegar Vaganza musim ke-4 Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah kini sedang menikmati bulan madu mereka ke Eropah Timur bersama penaja Selamatbercuti.com dengan menggunakan penerbangan Turkish Airlines.

Ketika artikel ini ditulis, Aishah dan suami sedang menikmati percutian mereka ke kota-kota percutian popular Eropah seperti Prague, Munich dan Vienna.

Sejak beberapa hari lalu, pasangan ini berkongsi gambar mereka di sana untuk tatapan peminat. Jom lihat foto-foto bahagia mereka.

BACA  [VIDEO] Gangguan Seksual? Nabil Ahmad Ditegur Buli Hazami

Aishah kembali berumah tangga selepas enam tahun bercerai dengan suami ketiganya iaitu pada 2011.

Aishah melangsungkan perkahwinan tersebut pada tahun 2017 namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

Suaminya itu banyak memberikan sokongan dan galakan dia menyertai program Gegar Vaganza musim ke-4.

Menurut laporan dari Mstar, Aishah dikurniakan dua orang cahaya mata, Azhad Ahlami, 19, menerusi perkahwinan kedua dengan Muhammad Abdullah pada 1997 sebelum sah bercerai pada 2005.

Selepas menjuarai Gegar Vaganza musim ke-4, Aishah memenangi percutian ke Eropah ditaja oleh Selamatbercuti.com. Hangat.com lihat mereka seronok betul menerasi pengalaman bercuti musim sejuk di sana.

Sumber IG Aishah

 

Artikel SebelumnyaCabut Lari! Kru Filem Bidong The Boat Diganggu Makhluk Halus
Artikel SeterusnyaBiar Betul! Persembahan Khai Bahar Penuh Unsur Illuminati?
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.