Video yang disiarkan oleh jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida di Instagram beliau mengenai pertemuannya dengan bintang terkenal pada 1980-an, Mazuin Hamzah telah mendapat lebih daripada 90,000 tontonan.

Usahawan itu menulis:

“Saper rindu Pengiran Bini Mazuin? Ingat tak lagi..Lagu ni? “

Setelah bertemu dengan penyanyi berusia 53 tahun itu di sebuah acara persahabatan di sini, Vida telah mengabadikan video mereka bersama di Instagram.

Saper rindu Pengiran Bini Mazuin? Ingat tak lagi.. Lagu ni?

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Mazuin begitu terkenal dalam dunia hiburan pada tahun 1987 kemudian dia berkahwin Pengiran Muda Sufri Bolkiah. Beliau mempunyai hubungan kekeluargaan bersama Amy Mastura sebagai sepupu.

BACA  5 Selebriti Yang Tidak Lagi Bergelar Kerabat Diraja

Mazuin gembira apabila Vida mengaku sebagai peminatnya dan meminta agar dia menyanyikan lagu popular Quinary M, Cinta Palsu.

Rata-rata netizen bersetuju bahawa vokal Mazuin tidak berubah sama sekali, walaupun kini sudah berusia.

Netizens juga mengatakan bahawa bekas penyanyi itu tidak kelihatan seperti usianya sebenar.

Perkahwinan Diraja

Mazuin ketika mendukung anaknya, Puteri Ajeerah dan turut kelihatan Sudirman di belakang mereka.

Mazuin menjadi artis wanita pertama yang diangkat kedudukannya sebagai permaisuri kepada kerabat diraja bagi antara negara paling kaya di dunia.

Majlis perkahwinan mereka juga dikatakan kekal sebagai perkahwinan paling gemilang dalam kalangan artis tempatan sehingga ke hari ini.

Namun, tiada siapa yang pernah menyangka perkahwinan itu berakhir dengan noktah yang cukup pilu. Sehingga kini, Mazuin sukar untuk dijejaki oleh para wartawan bagi mendapatkan reaksinya.

BACA  3 VVIP Termasuk Dua Kerabat Diraja Bakal Berentap di Sukan Sea 2017

Jurucakap bagi Suruhanjaya Tinggi Brunei Darussalam juga tidak mahu mengumumkan perkara mengenai perceraian mereka kepada peminat atau wartawan kerana bersifat peribadi.