Itu Bukan Saya!. Ini adalah tindak balas singkat Datuk Lee Chong Wei terhadap tanggapan kononnya dia terlibat dalam video seks dengan wanita yang tidak dikenali.

“Ini tidak masuk akal, lihatlah video dan anda tahu dia bukan saya,” kata Lee, yang menonton video itu pada hari Isnin lalu.

Bukti Dari ‘Screenshot’ Video Seks

Chong Wei, 35 tahun mendakwa telah menerima klip video berkenaan dari pelbagai pihak selepas video itu tular di media sosial. Berikut antara screenshot daripada video yang membuktikan lelaki itu bukanlah Lee Chong Wei.

Atlet itu menambah yang dia akan meminta bantuan polis untuk mengenal pasti dalang kejadian itu.

“Ramai orang telah memanggil untuk mengesahkan sama ada saya, dan saya ketawa menontonnya. Bagaimanapun, ia tidak dapat diselesaikan, dan saya akan membuat laporan polis di ibu pejabat polis di Bukit Aman hari ini.”

Kredit Foto: AP

Lee menambah bahawa dia dah biasa dengan segalah tuduhan palsu

“Biasanya memang ramai yang tidak berpuas hati dengan kejayaan anda, dan inilah cara mereka cuba menjatuhkan anda “

Menurut laporan dari Malaysia Insight, Lee juga tidak menolak kemungkinan sabotaj, mengatakan pihak tertentu mungkin cemburu dengan kejayaannya dan cuba melibatkan dia dalam skandal seks memandangkan filem autobiografinya akan dikeluarkan tidak lama lagi.

BACA  [GAMBAR] Bakal Suami Sering Dihina! Maria Ozawa Takut Ditinggalkan

Sumber Malaysia Insight

Artikel Sebelumnya[VIDEO] Cinta Palsu Mazuin Hamzah Ubati Kerinduan Datuk Seri Vida
Artikel SeterusnyaKeputusan Sahkan Jantina Dihalang Pihak Nur Sajat?
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.