Jika anda masih ingat pada penutup AJL32 baru-baru ini, pelakon Iqram Dinzly telah dilihat meluru naik ke atas pentas itu dan kemudiannya menari di samping Juara Lagu AJL32, Hael Husaini.

IKLAN

Bukan Gimik!

Ramai yang menyangka bahawa itu sebenarnya gimik bagi menaikkan rating rancangan tersebut. Jika anda turut berfikir sedemikian, bermakna anda salah kerana menurut penerbit AJL32 mereka turut terkejut dengan kemunculan Iqram di atas pentas itu.

Mujurlah saat kemunculannya itu segalanya sudah selesai dan tidak menganggu konsentrasi Hael membuat persembahan

Iqram Sudah Dihalang

Tambah penerbit AJL itu, pengurus pentas sudah dalam keadaan berjaga-jaga untuk memastikan Iqram tidak menganggu persembahan penyanyi termasuklah Altimet namun begitu Iqram berjaya meloloskan diri di saat akhir penutup AJL32.

“Kehadiran Iqram bukan dalam perancangan kami atau sengaja kami buat gimik. Saya sendiri terkejut selepas diberitahu oleh pihak pengurus pentas bahawa dia cuba naik ketika persembahan Altimet tapi berjaya dihalang kerana perkara itu dikhuatiri menjejaskan pertandingan. Satu kerja pula dia (pengurus pentas) kena jaga Iqram sepanjang persembahan Altimet itu untuk memastikan hasratnya naik pentas dapat dielakkan.”

Mungkin selepas ini pihak AJL mahupun TV3 sendiri dapat mengambil pengajaran selepas insiden ini. Kerana dengan tindakan Iqram yang sedemikian, kita tidak boleh menolak mungkin akan berlaku lagi pada masa hadapan.

BACA  Najib Razak Muat Naik Gambar Juara AJL ke-33, Balas Ucapan Ezra Kong

Sumberย Mstar Onlineย