Lagi mengenai Iqram Dinzly! Namun kali ini ianya bukanlah kerana sikapnya namun berita sedih kali ini dikongsikan beliau di Instagram yang mendakwa rumahnya dipecah masuk.

IKLAN

Pelbagai Barangan Dibawa Lari

Menurut si Princhiqy Dinzly ini, rumahnya telah dipecah masuk oleh pencuri dan turut membawa lari pelbagai barangan peribadi miliknya dan keluarga.

Antara barangan tersebut termasuklah seutas jam tangan Claudia Patriks bernilai RM10k, dua utas jam tangan lain berjenama Gshock dan Guess serta Iphone6 dan laptop peninggalan arwah bapanya.

Iqram KemalanganΒ 

Sejurus daripada kes itu, tidak lama kemudian Iqram turut menyatakan bahawa beliau telah mengalami kemalangan. Mujurlah dirinya tidak cedera dan hanya kereta miliknya yang rosak.

BACA  Sam Asghari Rindukan Britney Spears Yang Berada Di Pusat Pemulihan?

Tenang Hadapi Dugaan

Namun begitu, Iqram tidak melatah dengan insiden tersebut. Sebaliknya, Iqram bersyukur dan menganggap ianya sebagai ujian dan dugaan dari Allah buat dirinya. Semoga lebih tabah Iqram! Mungkin ada hikmahnya disebalik kejadian tersebut.