Semenjak kemunculan album sulung THE FAME MONSTER, Lady Gaga tidak pernah berhenti mencuri perhatian peminat-peminat beliau serta pecinta muzik di seluruh dunia. Selain persembahan live beliau dan pencapaian yang dicapai, Lady Gaga tidak pernah putus menawarkan lagu-lagu hits beliau setiap kali kemunculan baru.

Seperti Celine Dion, Kylie Minogue juga ingin berduet dengan Lady Gaga © SplashnewsJangan terkejut sekiranya Celine Dion juga ingin berduet bersama dengan Lady Gaga. Tetapi seperti dilaporkan oleh NME, Lady Gaga mula membuat senarai duet artis untuk album baru beliau dan pada masa yang sama Kylie Minoque juga mempunyai hasrat yang sama seperti Celine Dion.

Ketika ditemubual oleh Graham Norton’s Radio 2, Kylie Minogue mendapat soalan dari peminat beliau tentang siapa penyanyi yang beliau ingin berduet. Dengan santai, Kylie Minogue menjawab bahawa Lady Gaga adalah artis yang beliau ingin sekali berduet.

“Saya tidak berduet dengan ramai artis wanita, saya berbesar hati sekiranya dapat berdua dengan Lady Gaga atau orang lain yang seperti beliau, pasni akan menjadi luar biasa untuk saya” – jelas Kylie.

Lady Gaga jadi sosok yang paling diinginkan Kylie Minogue untuk berduet © AFPBulan lalu penyanyi yang berasal dari Australia ini baru sahaja mengeluarkan single terbarunya Dancing untuk album baru yang akan datang yang berjudul Golden. Kylie juga sudah membuat jadual untuk tour pada bulan September dan Oktober tahun ini untuk album barunya yang akan berada di pasaran pada 6 April nanti. 

BACA  'Batu Nisan Tak Tulis Si Mati Putih Atau Hitam'- Norish Karman

Hangat.com berharap dan mendoakan impian Kylie untuk berduet bersama Lady Gaga akan menjadi kenyataan. Nantikan berita yang terbaru mengenai perkembangan artis ini di Hangat.com

Artikel SebelumnyaRihanna – Kim K – Dua Lipa Dalam Dress Tulle Baby Pink, Yang Mana Paling Bergaya?
Artikel SeterusnyaBiadap! Neelofa Dituntut Mohon Maaf Secara Terbuka
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"