Telko terbaru di pasaran, Yoodo kini telah mula beroperasi sebagai perkhidmatan mudah alih digital pertama yang memberikan kebebasan sepenuhnya kepada pengguna untuk mencipta dan mengubahsuai pelan mudah alih sendiri!

5 Kelebihan Yoodo Berbanding Telko Lain

Semudah ABC, apa yang membezakan Yoodo dan telco lain adalah setiap fungsinya begitu unik dan memudahkan kerja harian anda. Baik pelajar, pekerja mahupun surirumah sepenuh masa, Yoodo tersedia dengan pelan mudah alih yang fleksibel, senang dan telus. Disini, kami ingin kongsikan antara kelebihan Yoodo.

1. Penghantaran Mudah Dan Cepat

Benar, bagi anda yang ingin menggunakan Yoodo, hanya perlu memuat-turun aplikasi, dan kad SIM akan dihantar terus ke rumah anda. Mudah bukan?


Malah anda boleh menempah kad SIM percuma melalui aplikasi mudah alih atau laman sesawang Yoodo dan boleh memilih khidmat antara Penghantaran Biasa (dalam tempoh 1 hingga 3 hari) atau Penghantaran Segera di mana kad SIM akan dihantar dalam tempoh 2 jam. Untuk Penghantaran Segera, caj RM15 akan dikenakan dan penghantaran hanya terdapat di Lembah Klang buat masa sekarang.

BACA  Yoodo Tawar Hadiah Jersi Dengan Autograf Messi, Neymar & Hazard

2. Tetapan Data Penggunaan

Inilah antara kelebihan utama Yoodo, ‘You do it better!’. Selain dari pendaftaran yang mudah, pengguna juga boleh melakukan tetapan pelan mereka mengikut kuota data, panggilan, SMS yang mereka perlukan. Ini termasuklah bagi anda yang berada di kampus, tempat kerja mahupun dimana – mana! Caranya cuma tetapkan pilihan yang anda inginkan dan Yoodo sudah tersedia untuk digunakan.

Berbeza daripada pembekal perkhidmatan mudah alih yang lain di pasaran, Yoodo menawarkan pakej panggilan, data, mesej serta kandungan yang boleh diubahsuai sepenuhnya mengikut keperluan anda dengan lebih 1,000 kombinasi unik. Anda boleh mengubah, menambah atau mengurangkan kuota dalam pakej Yoodo pada bila-bila masa menerusi aplikasi Yoodo.

BACA  Mahu Tetapkan Data? Yoodo Adalah Yang Pertama Di Malaysia

 3. Pembayaran Secara Digital

Tidak perlu bersusah payah mencari kedai untuk bayar atau tukar plan. Hanya bayar melalui kad kredit atau debit dan ianya sudah selesai! Punyai masalah? Sokongan khidmat pengguna sentiasa menanti untuk dihubungi secara terus menerusi aplikasi Yoodo.

4. Tiada Kontrak dan Komitmen

Jika dibandingkan, kebanyakan telko mengenakan syarat dan kontrak untuk langganan pelan, tetapi tidak terjadi di Yoodo. Malah, Yoodo membolehkan anda membatalkan ataupun mengaktifkan semula pelan tanpa sebarang caj sembarangan.

Berita baik untuk anda yang suka travel, Yoodo tersedia dengan “roam-like-home”. Maknanya, pakej data yang sedia ada boleh digunakan ketika berada di luar negara. Selain itu, ditawarkan juga pilihan pelan tambahan, ganjaran dan promosi tanpa gangguan yang mengikut lokasi atau pilihan pengguna.

BACA  Mahu Tetapkan Data? Yoodo Adalah Yang Pertama Di Malaysia

5. Pilihan Nombor

Untuk anda yang ingin mengekalkan nombor terdahulu ataupun nombor terbaru, Yoodo turut menawarkan pilihan tersebut. Hasil analisa kami, terdapat banyak pilihan nombor yang menarik tersedia dan anda boleh menetapkan nombor kegemaran sendiri.

Pengaktifan kad SIM dibuat melalui aplikasi dan anda perlu membuat pengesahan identiti anda sendiri dengan menggunakan kad pengenalan atau pasport dan pengecaman wajah. Selepas itu, anda boleh mengubahsuai pelan mudah alih mengikut keperluan masing-masing. Anda boleh menukar pelan pada bila-bila masa menerusi aplikasi tanpa sebarang caj dan perubahan pelan akan diperbaharui pada bulan seterusnya.

Dimana Mahu Dapatkan Yoodo?

Bagi anda yang tertanya – tanya dimanakah mahu mendapatkan telko dan kad sim Yoodo, anda boleh layari aplikasi mereka di Google Play mahupun Apple Store atau layari website rasmi mereka.

Maklumat lanjut Yoodo: https://www.yoodo.com.my

Artikel SebelumnyaReaksi Pelakon Watak Superman Ketika Dikhabarkan Sudah MENINGGAL DUNIA!
Artikel Seterusnya[VIDEO] Amalan Syaitan! Peminat Bakar Tudung Neelofa Tanda Boikot
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress