Masih lagi mengenai Majlis Pelancaran Koleksi tudung terbaru Neelofa, ByLofa yang hangat dibicarakan di media sosial gara -gara diadakan di sebuah kelab malam terkenal, Zouk.

Bukan Sengaja

Disebalik lokasi yang tular itu, rata – rata netizen turut tidak berpuas hati dengan beberapa rakaman video yang menunjukkan aksi beberapa orang gadis yang menari dalam majlis itu. Malah salah seorang daripada mereka adalah selebriti media sosial yang semakin meningkat naik, Nisa Kay.

Menurut Nisa atau nama sebenarnya Khairunnisa pada Hangat.com, beliau sama sekali tidak menyangka bahawa video tersebut akan tular.

Malah kejadian itu juga bukanlah disengajakan kerana pada asalnya beliau hanya menonton aksi tersebut dan telah ditarik oleh seorang petugas yang berada disitu bagi menyertai kumpulan terbabit.

BACA  "Kenapa Dia Buat Benda Ni?"- Alicia Amin Kesal Dengan Neelofa

Nisa Kay Mohon Maaf

Tambahnya juga, perlakuan tersebut bukanlah memaparkan dirinya yang sebenar. Dek kerana keterujaan mereka yang berada disitu, Nisa turut menyertai mereka dalam permainan “lip-sync battle” tersebut. Nisa Kay mula dikenali melalui beberapa buah program wawancara dan antara pengacara wanita yang sedang meningkat naik.

“Saya akui, perlakuan yang saya lakukan itu tidak seharusnya berlaku dan ianya sama sekali tidak menggambarkan diri saya yang sebenar dan juga imej sebagai wanita bertudung. Saya akui, saya tidak memaparkan contoh yang baik, lebih-lebih lagi dengan reputasi yang perlu dijaga. Saya hargai usaha ramai pihak yang sudah pun mulai memadam video tersebut di platform masing-masing dan diharapkan kejadian ini bukan sahaja memberi pengajaran buat saya, malah buat orang lain juga”

Suka pula kami dengan kenyataan seorang netizen, “Mengkritik tak salah yang salah mengutuk dan mengeji seperti kita lebih baik daripada mereka yang sudah buat kesilapan”

BACA  Neelofa Teruja Dilantik Oleh AirAsia Berhad Jadi Pengarah

 

Artikel SebelumnyaPenampilan baru Kim Kardashian yang SEKSI Tahap Dewa
Artikel Seterusnya[FOTO] GEMPAR! 10 Selebriti Hollywood Yang Mengaku BISEKSUAL!
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress