Tindakan pelakon dan pengacara terkenal, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa sebagai Shiera memuat naik gambar – gambar perkahwinannya terdahulu begitu menggamit memori!

Imbau Kenangan Lama

Manakan tidak, majlis perkahwinannya bersama Ijoy Zahari suatu ketika dahulu begitu meriah. Dengan kehadiran rakan – rakan artis serta liputan secara langsung daripada pihak media menggambarkan keindahan majlisnya.

Tambah Shiera, beliau turut merindui suasana dan adat perkahwinan zaman dahulu berbanding zaman kini yang lebih ekslklusif namun tak begitu merasai ‘kemeriahannya’.

Tidak Dijemput Ke Majlis Fattah Amin dan Fazura

Dalam perkembangan lain, Shiera turut meluahkan rasa kesalnya terhadap seorang netizen yang memerlinya kerana memuat naik gambar perkahwinan berkenaan dek kerana tidak dapat jemputan ke majlis perkahwinan Fattah Amin dan Fazura.

Oooo macamni ye peminat fazura dan fattah Saya bukan mintak simpati Tapi nak share..peminat ni Tak pasal pasal aku kena maki sbb throwback gambar kawin Sayangnya anak anak sekarang Memang sure korang ckp jgn layan Tapi nak bagi tau Allah boleh tarik apa yg kita ada Bila bila… Jangan benci kami sangat Ada cara lain bila menaip Tetiba pm tepi…waa dapat perhatian adik ni Sabar yek .dik Cer baca selak sebelah Dia kata tak hina saya… Tu dia tulis tak hina ..tapi menganjing rasanya Tetiba Wedding lapuk tu tak hina ye Oooooo org sekarang Fanatik betul ekkk… Sampai hina org lain takde kena mengena Aku tak buat apa pun Dgn dia @mirhana_55 Sapa peminat fazura fattah mungkin taksemua mcam ni tapi fattah dan fazura kalau ada party dgn fan tolong Nasihat skit…yg beriya…ni

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

Menurut Shiera, beliau terkejut dengan kenyataan netizen itu yang begitu biadap sehingga menganggap perkahwinan beliau dahulu seperti sudah lapuk. Alahai begitu fanatik sekali peminat Fattzura ini ya? Tapi kami tetap setuju dengan kenyataan Shiera, perkahwinan dahulu sememangnya meriah!

BACA  Sharifah Shahirah & Ijoy Kehilangan 2 Orang Tersayang Dalam Seminggu

Gambar : Instagram Shieraijoy

Artikel Sebelumnya[GAMBAR] Haziq Putera Band Kemalangan Dengan Lori
Artikel SeterusnyaAishah Menjalani Pembedahan Bariatric Surgery !
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress