Semalam, vokalis utama kumpulan Putera Band, Haziq dilaporkan mengalami kemalangan dengan sebuah lori. Haziq yang dilaporkan kritikal telah ditempatkan di wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Tidak Perasan Dengan Lori

Menurut ibunya, Linda yang juga bekas anggota kumpulan Eva memberitahu motosikal yang ditunggang anaknya itu merepuh sebuah lori yang dipakir di bahu jalan kerana tidak sedar akan lori yang diparkir itu. Tambah Linda, Haziq mengalami patah tulang rusuk dan paru-paru bocor sehingga mengakibatkan sesak nafas.

“Pagi tadi (Rabu) dia keluar untuk membeli sarapan menaiki motosikal dan merepuh sebuah lori yang pakir di bahu jalan. Dia tidak perasan lori tersebut kerana ia adalah laluan motosikal dan bukan tempat pakir. Doktor sedang buat pemeriksaan lanjut, setakat ini saya diberitahu tulang rusuk di patah dan paru-paru bocor menyebabkan sesak nafas”

Kini Stabil

Menerusi perkongsian ahli kumpulan Putera Band, vokalis mereka itu kini dilaporkan stabil dan Haziq akan berehat buat sementara daripada sebarang aktiviti seni bersama kumpulan tersebut. Putera Band merupakan artis syarikat rakaman FMC yang popular dengan lagu berjudul Rebahku Tanpamu.

like
love
haha
wow
sad
angry