Akibat keterlanjuran kata ketika komen mengenai isu pelancaran produk Neelofa baru-baru ini, pengarah terkenal Michael Ang berhadapan dengan kecaman netizen yang tidak putus mengenai hal itu.

IKLAN

Di dalam video yang berdurasi selama 58 saat yang dimuat naik di Instagram milik beliau, Michael berkata bahawa beliau tidak bermaksud untuk menghina mana-mana individu atau memperlekehkan agama Islam.

“Mungkin saya salah guna ayat dalam video itu, maksud saya tempat itu untuk acaraΒ event, apa-apa nak buat pun dia akan sewakan. Itu sahaja maksud saya.

“Tapi, saya tersalah cakap boleh buat tahlil di lokasi itu, mungkin saya patut cakap sambutan hari jadi ke, bersanding ke. Saya tersalah bagi contoh,”

BACA  TAHNIAH! Nelydia Senrose Akan Berkahwin Kurang Dari 2 Minggu?

Sebelum isu ini berbangkit, Michael ada memuat naik video yang mengundang perhatian ramai netizen apabila beliau berkata bahawa…

‘Mungkin tiada masalah jika dia mahu menyewa pusat hiburan berkenaan untuk mengadakan ‘majlis tahlil’ selepas ini.”

Beliau juga sudah memohon maaf dan beliau akan mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku dan menjadikannya sebagai pengajaran.