Penampilan yang cantik untuk kaum wanita menjadi sesuatu yang sangat penting. Tidak hairanlah ramai kaum wanita sanggup menghabiskan wang ringgit untuk pakaian, aksesori, beg tangan serta kasut untuk kelihatan lebih cantik dan menawan. Hal ini juga dititik berat oleh mana-mana selebriti untuk kelihatan lebih cantik dan glamor didepan kamera atau ketika berhadapan di depan peminat serta menghadiri mana-mana majlis.

Berikut adalah selebriti yang mempunyai koleksi kasut yang pelbagai dan ini boleh dikatakan salah satu hobi untuk mereka untuk menyimpan koleksi-koleksi dari jenama-jenama terkenal. Sehinggakan mereka sanggup menyediakan ruang atau rak kasut untuk kepuasan mereka sendiri. Berikut adalah deretan selebriti Hollywood bersama dengan koleksi kasut yang akan membuat anda semua terpukau.

1. Blake Lively

Lively ada memberi sedikit teaser koleksi kasut beliau melaui Instagram beliau. Meskipun hanya sedikit sahaja koleksi beliau, kelihatan isteri kepada Ryan Renolds begitu menyukai stilettos dan high knee boots. Deretan pelbagai jenis kasut dari pelbagai jenis warna dan jenama ini seperti sebahagian dari koleksi beliau. Beliau juga menambah kapsyen, “@ashleylongshoreart has blessed me with the Saint of Fashion, to watch over my style choices… ALWAYS. No pressure.”

2. Kim Kardahsian

Koleksi kasut isteri kepada Kanye West ini tidak kurang hebat melalui posting beliau baru-baru ini. Kelihatan Kim Kardahsian lebih gemarkan kasut yang bewarna nude yang terdiri dari spike, peep toes, bertali dan pelbagai jenis lagi. Kebanyakkan kasut milik Kim dari pereka-pereka yang terkenal seperti Yves Saint Laurent dan Christian LouboutinMesti anda semua makan hati kan?

3. Kourtney Kardashian

Kourtney Kardahsian yang memiliki tubuh yang petite diantara adik beradik beliau yang lain juga meminati mengumpul kasut. Dengan ketinggian badan hanya 152cm, Kourtney bergantung kepada kasut yang bertumit tinggi sahaja supaya kelihatan lebih tinggi dan sama seperti adik beradik beliau. Tidak hairanlah koleksi beliau banyak dari jenis platform dan pump shoes. Kelihatan kasut dari jenis high knee boots dan sneakers di dalam gambar di atas.

4. Rachel Zoe

Wow!!! Koleksi Rachel Zoe seperti di dalam butik kasut dan beliau memiliki pelbagai jenis, warna dan jenama kasut yang boleh buat semua kaum wanita rambang mata dengan koleksi Rachel. Kapsyen yang telah ditulis oleh Zoe “If anyone knows how to keep a closet organized, it’s a stylist..head to thezoereport.com for tips from my styling team”.

5.  Paris Hilton

Selebriti yang juga pewaris tahta kepada Hilton Group ini juga dikenali dengan koleksi sepatu yang tak kalah banyaknya. Koleksinya yang diatur berdasarkan warna, jenis serta jenama ini seperti kelihatan di sebuah butik.

6. Kylie Jenner

Walaupun high heels bukanlah jenis kasut yang selesa untuk dipakai, tetapi bagi Kylie Jenner adalah salah satu selebriti yang sangat menyukai sepatu jenis ini. Hal ini terlihat dalam gambar yang beliau muat naik di Instagram. Kelihatan Kylie sering menggunakan sepatu high heels dari jenis strappy heels, peep toe sandals, pumps shoes, hingga boots dan semuanya dengan ketinggian lebih dari 5cm.

Bagaimana pula dengan koleksi kasut anda? Jom kongsi bersama dengan Hangat.com