Kurang dari dua minggu lagi, bayi yang ditunggu – tunggu bakal dilahirkan. Siapa sahaja yang tidak teruja apabila penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mengumumkan kehamilannya pada tahun lalu dan dikhabarkan akan melahirkan bayi sulungnya itu pada bulan ini.

Bersalin Secara Pembedahan

Menurut Siti, beliau bakal bersalin secara pembedahan dan keputusan itu dibuat atas nasihat doktor. Ini kerana terdapat beberapa faktor yang yang menyebabkan pembedahan dipilih selain dari bersalin secara normal. Segala persiapan juga hampir selesai dan Siti sekeluarga sudah tidak sabar menantikan kehadiran Siti junior itu.

Dengar khabar bilik bayi juga sudah dihias cantik malah lif telah dipasang bagi kegunaan Siti semasa berpantang nanti.

“Menurut doktor di tempat Siti menjalani rawatan kesuburan, selain faktor usia Siti sendiri, bayi yang dikandung menggunakan kaedah ‘In Vitro Fertilization (IVF)’ biasanya dilahirkan secara pembedahan. Bagaimanapun, ada juga kes sebegitu menyaksikan kelahiran secara normal. Siti ikut saja apa nasihat doktor, selain mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental. Apapun caranya, harapan Siti proses kelahiran dipermudahkan”

Lagu Untuk Anak Kini Di Pasaran

Lebih mengujakan, bermula semalam lagu khas untuk bakal anaknya, Comel Si Pipi Merah juga telah berada di pasaran. Untuk anda yang ingin mendengarkannya, bolehlah dengarkan di semua digital platform.

BACA  Gambar Anak Siti Nurhaliza Tersebar, Datuk K Terkilan

Kalau si pipi merah di dalam bahasa arab bermaksud Humaira. Adakah nama anak Siti dan Datuk K nanti bernama Siti Humaira? Kami di Hangat.com mendoakan agar proses bersalin Siti berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya!

Sumber : BH Online 

Artikel Sebelumnya8 Fesyen Artis Yang Paling Memukau Di Oscars 2018
Artikel SeterusnyaDifitnah! Maria Farida Menang Kes Saman RM400K
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress