Bermula tengah malam tadi, dua filem aksi hebat KL Special Force arahan Syafiq Yusof dan filem antarabangsa, Tomb Raider mula menembusi pawagam berhampiran dengan menyaksikan jangkaan sambutan yang menggalakan dari peminat tanah air.

KL Special Force Memang ‘Special’!

FILEM KL Special Force arahan pengarah muda, Syafiq Yusof boleh dikatakan sekali lagi bakal mencetus fenomena kerana tinjauan kami pada mereka yang sudah menonton filem ini rata-ratanya memuji filem yang sarat dengan aksi ini.

Bagaikan setiap babak dipenuhi dengan elemen kejutan dan aksi, Syafiq seolah mahu penonton berfikir mengenai jalan cerita yang sengaja diterapkan ‘plot twist’. Kami masih belum berkesempatan menonon filem ini, namun komen yang diterima mengatakan filem ini jauh lebih menarik berbanding filem antarabangsa, Tomb Raider.

BACA  Sah! Westlife Akan Hasilkan Album Terbaru Pada Tahun Ini

Tomb Raider Gagal Ubati Kerinduan

Buat anda yang peminat Lara Croft, sememangnya filem Tomb Raider yang terbaru ini dinanti-nantikan. Manakan tidak, selepas 17 tahun Tomb Raider kini kembali. Tidak lagi bersama Angelina Jolie, Lara Croft kini dipegang oleh Alicia Vikander. Sudah pasti ramai yang mahu melihat adakah Vikander setanding dengan Jolie dalam memegang watak.

Juga ditayangkan serentak dengan filem arahan Syafiq Yusof, kami mendapati rata-rata peminat seperti kecewa dengan filem ini kerana jalan ceritanya tidak seperti yang diharap. Apa pun kami akan cuba lihat dua filem ini dalam masa terdekat dan akan bagi review yang terbaik untuk anda pembaca Hangat.com.