Band K-Pop IN2IT baru-baru ini ada memuat naik video muzik lagu Gemilang yang dinyanyikan oleh mereka sendiri di Youtube dan penyanyi asal kepada lagu tersebut adalah Jaclyn Victor.

Walaupun kumpulan dari Korea Selatan ini mengekalkan keasilan lagu Gemilang ini, mereka turut menambah lirik yang dinyanyikan dalam versi rapping dalam bahasa Korea.

Video muzik tersebut juga menampilkan klip lawatan mereka ke Malaysia baru-baru ini  dan sebahagian daripada Tour Asia pertama mereka pada bulan lepas. Video muzik telah mendapat tontonan lebih dari 93,000 penonton dan 11,000 yang klik suka dalam masa kurang dari seminggu selepas dimuat naik.

BACA  Elfira Loy Bakal Berundur Dari Lakonan? Ini Penjelasannya!

Pada malam persembahan Grand Finalé Malaysian Idol, lagu gubahan Aubrey Suwito dan lirik oleh Azmin Mudin ini diperkenalkan dan diduga oleh kedua-dua orang finalis yang berentap, dimulakan dengan Dina Nadzir diikuti Jac. Oleh sebab Jac memenangi Malaysian Idol maka beliaulah yang berpeluang merakamkan lagu ini dalam album sulung beliau di bawah naungan Sony BMG, yang juga bertajuk Gemilang.

Pada tahun 2006, lagu Gemilang dinobatkan sebagai “Juara Lagu” yang ke-20 sepanjang sejarah pertandingan lagu tahunan anjuran TV3 itu. Pada tahun yang sama, meraih anugerah “Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu” di Anugerah Industri Muzik ke-13, di samping album berkenaan dinobatkan sebagai “Album Terbaik” dan “Album Pop Terbaik” pada malam anugerah yang sama.

BACA  [VIDEO] Pedas! Michael Ang & Caprice Ulas Isu Video Seks Haziq Aziz Bersama Menteri

IN2IT mula dikenali di Malaysia atas sebab salah seorang dari ahli mereka iaitu, Isaac Voo, yang berasal dari Sabah. Antara ahli anggota kumpulan IN2IT yang lain adalah Yoo Ji-ahn, Jung Yeon-tae, Hwang In-ho, Han Hyun-uk, Lee In-pyo, Kim Jin-sub, dan Kim Sung-hyun, semuanya berasal dari Korea.