Baru-baru ini tular di media sosial mengenai video Insta story Neelofa yang dikatakan kononnya memerli satu video yang dimuat naik oleh Fazura di IG Storynya.

Neelofa Belum Move On?

Belum pun reda isu kotroversi majlis pelancaran tudung Neelofa di Zouk, timbul pula isu ini yang dianggap netizen Neelofa seperti belum boleh ‘move on’ daripada kisah percintaannya terdahulu dengan Fattah Amin.

BACA  4 Selebriti Ini Dihantui Dengan Wajah Mirip Fazura

Daripada kandungan video tersebut, kami difahamkan Neelofa seperti memerli Fazura.

Dimana di dalam Insta story Fazura, kawannya telah memberinya kek batik dan menurutnya sambil berseloroh jika beliau tidak makan kek batik tersebut, beliau tidak boleh teruskan penggambaran.

Tidak lama kemudian, Neelofa turut memuat sebuah video dimana menurutnya jika beliau tidak memakai tudung jenamanya beliau turut tidak akan teruskan penggambaran. Adakah sememangnya ianya satu perlian atau hanyalah kebetulan?

Neelofa VS Fazura

Dalam perkembangan lain, menerusi ruang komen video yang tular itu, peminat kedua-dua selebriti ini dilihat saling bertelagah sesama sendiri dan dikatakan seperti mengeruhkan keadaan.

BACA  Fazura & Bront Punca Ayat-Ayat Cinta 2 Dikecam?

Meskipun pelbagai spekulasi melanda, baik Neelofa mahupun Fazura , tiada sebarang kenyataan mengenai keadaan hubungan mereka. Teringat pula kami pada kisah persahabatan Taylor Swift dan Katy Perry.

like
love
haha
wow
sad
angry