Masihkah anda ingat dengan tuduhan Datuk Farid Kamil ke atas tiga selebriti dimana beliau telah membuat satu laporan polis mendakwa selebriti itu telah memasukkan dadah ke dalam minumannya. Selebriti yang dimaksudkan adalah Sofi Jikan, Taj Innuendo dan Osh.

Bukan Taj

Selepas pihak polis mengambil kenyataan Taj, timbul pula satu lagi kenyataan Farid menerusi sebuah sidang media khas yang diadakan baru-baru ini dimana beliau mendakwa Taj dan Osh bukanlah individu yang dimaksudkan beliau serta turut memberitahu kedua-dua mereka tiada kaitan dalam kes tersebut.

Susulan daripada itu, Hangat.com difahamakn Farid turut dipanggil semula oleh pihak polis atas dakwaan membuat laporan palsu.

BACA  Bukan Sahaja Fathia, 6 Artis Ini Turut Bermain Bigo Dan VOOV!

Taj Hilang Sabar

Menerusi perkongsian terbaru Taj di Facebook nya, beliau dilihat seperti meluahkan segala apa yang terjadi sebelum ini.

Manakan tidak, beliau langsung tidak mengenali Farid akan tetapi telah dituduh sebagai suspek yang memasukkan dadah di dalam minuman pelakon itu. Apapun kami berharap agar netizen sudah jelas bahawa Taj bukanlah suspek yang disyaki dan sama-sama kita doakan kes ini dapat diselesaikan dengan cepat.

like
love
haha
wow
sad
angry