Jika dahulu tarian poco-poco menjadi fenomena pelbagai lapisan umur dan percaya atau tidak sehingga kini tarian tersebut seperti suatu kewajipan dimana – mana acara keramaian.

Panama Dance Tular

Selepas poco-poco kini tular pula sebuah lagi tarian yang telah diterapkan menjadi senaman berirama yang dikenali sebagai Panama Dance. Bukan sahaja pada remaja, malah mereka yang bekerja di pelbagai sektor turut menari tarian ini serta memuat naik video mereka di media sosial yang mendapat pelbagai reaksi netizen.

Untuk pengetahuan anda, Panama Dance ini sememangnya masih baru di Malaysia namun lagu Panama ini sendiri sudah berada dalam industri sejak 2013 lagi. Lagu roman yang dipopularkan oleh Matteo ini mula tular di Thailand apabila terdapat beberapa orang selebriti di Thailand mula menari tarian ini dan memuat naik video tersebut di aplikasi DouYou.

Mufti Anggap Panama Dance Sebagai Haram

Berikutan sejak kebelakangan ini beberapa kontroversi ‘panas’ melanda negara, soal hukum tarian Panama Dance ini turut menjadi tanda tanya. Justeru itu, Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd. Yusof Ahmad telah memberi kenyataan bahawa Panama Dance haram dilakukan kerana membabitkan percampuran antara lelaki dan perempuan bukan mahram.

Tambahnya juga, tindakan mereka yang berkongsi video itu ke laman sosial juga haram kerana menunjukkan susuk tubuh wanita yang sepatutnya hanya boleh dilihat mahram mereka sahaja.

Bukan itu sahaja, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman turut mengingatkan kepada umat Islam negara ini untuk tidak mengajak dan terbawa-bawa dengan trend tarian berkenaan.

Menurutnya orang ramai tidak seharusnya terlalu mengikut budaya seperti itu dan perlulah sentiasa mengamalkan sunnah seperti yang dianjurkan Nabi Muhammad SAW. Ada benar juga apa yang dikatakan oleh mufti-mufti ini. Tertanya juga kami apakah niat sebenar mereka yang memuat naik video berkenaan di media sosial?

Sumber Utusan Online 

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry