Baru-baru ini telah berlangsungnya Majlis Mood Republic Awards Gala Night dimana acara ini meraikan mereka yang turut bekerjasama dan menjadi salah seorang ‘vendor’ dalam karnival jualan ini dahulu. Dalam majlis itu juga, Ziana Zain telah dijemput sebagai salah seorang penyanyi yang turut membuat persembahan.

Gagal Menahan Air Mata

Meskipun dihimpit dengan kontoversi yang melibatkan suaminya yang ditahan kerana mencederakan anak mereka, Ziana tampil professional dengan tetap hadir menghiburkan para tetamu.

Namun begitu, saat menyanyikan lagu Puncak Kasih, Ziana dilihat gagal menahan air matanya kerana terlalu sebak. Barangkali mengenangkan nasib keluarga nya dan tidak dinafikan juga lagu tersebut juga sememangnya mempunyai maksud yang mendalam.

Teguran Dato Seri Vida

Memahami perasaan yang dialami oleh Ziana, jutawan kosmetik popular Dato Seri Vida atau lebih mesra dipanggil DSV turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Ziana.

“Saya juga pernah melalui ujian rumah tangga, tapi saya cekalkan hati dan selalu ingatkan diri yang saya ada anak-anak dan pekerja yang masih memerlukan.

Dalam kenyataannya di Mstar Online, DSV mendoakan supaya Ziana lebih kuat dan tidak terlalu melayan perasaan kerana dia percaya ada hikmah terbaik buat Ziana dan anak-anaknya.

“Memang dugaan hidup ini menyakitkan tapi percayalah tuhan tidak akan bagi ujian tanpa sebab dan akhirnya nanti ada hikmah terbaik,” ujar Vida.

Pesan Ziana Zain

Menurut sumber, suasana majlis itu serta merta bertukar menjadi pilu dan mereka yang hadir turut memberi sokongan dengan bernyanyi bersama Ziana. Dalam serba pilu, Ziana turut sempat berpesan bahawa hidup perlu diteruskan dan sebagai seorang selebriti beliau tetap harus memberikan fokus kepada kerjayanya.

BACA  Berhantu! 10 Lagu Ini Wajib Nyanyi Di Pusat Karaoke

Ziana juga mengucapkan terima kasih kepada peminat dan mereka yang hadir kerana memberikan beliau kata-kata semangat. Sehingga kini, tiada jawapan balas dari Ziana mengenai isu yang melanda malah sejurus selepas majlis juga beliau terus meninggalkan majlis kerana enggan ditemubual. Semoga lebih kuat Ziana Zain!

like
love
haha
wow
sad
angry